Minda Yang Sonsang & Pemikiran Yang Sempit

Assalammualaikum

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Bertuah kita pada hari ini kerana dapat menghirup udara segar dan masih lagi bernyawa. Dikurniakan nafas untuk terus beribadah dalam setiap inci kehidupan kita. Diberikan segala kesihatan supaya mudah tunduk dan sujud dengan kekuasaanNYA. Syukur.

Minda Yang Sonsang Dan Pemikiran Yang Sempit

Ada segelintir masyarakat masih lagi terbawa-bawa untuk bersikap ekstrim dan berfikiran sempit dalam memberi hujah balas dalam sesuatu perbincangan. Baik yang muda mahupun yang lebih tua. Kadang-kadang sukar juga mencari kaedah untuk meleraikan mereka yang sedang 'bergaduh' ini. Respon terhadap provokasi menjadi hal juga tanpa dipedulikan kesan langsung kepada individu yang lainnya.

Rasional. Sukar seorang yang bernama insan untuk bersikap rasional. Selalunya emosi juga yang mengambil alih peranan dan membawa kesan negatif dalam perbincangan. Caci mencaci dibalas dengan makian. Semakin hari semakin sonsang minda mereka. Lagi songsang mereka yang sudah pun berfikiran songsang seperti LGBT.

Kadang-kadang pemikiran yang sebegini boleh merosakkan hubungan sesama manusia. Biarpun anda berlainan pendapat, tetapi silaturahim perlu dijaga lebih-lebih lagi kepada sesama Muslim. Yang tua sepatutnya menjadi contoh kepada yang muda tetapi terbalik pula. Yang tua lebih ekstrim malah lebih dasyat kata-katanya. Berjanggut malah berkopiah dan bersongkok pula. Siapakah yang menjadi contoh sebenarnya? Hal ini sangat merunsingkan saya.

Sekiranya sikap ini diteruskan maka generasi muda tidak ada contoh yang terbaik dalam masyarakat sekiranya ianya berlarutan. Sepatutnya mereka yang berusia lebih matang fikirannya dan boleh berfikir secara waras.  Ini tidak mereka pula yang lebih 'advance' lagi dari yang muda. Begitu juga dengan ahli-ahli politik di negara ini, boleh dikatakan ramai juga tidak mencerminkan identiti yang baik, bercakap ikut sedap mulut, berperangai tidak senonoh, dan seperti kebudak-budakan. Artis-artis pula juga tidak kurang 'hebatnya'. Berpakaian tidak senonoh, tidak pula digam atau ditangkap malah bebas ke sana kemari. Mana dia jatidiri yang dibanggakan?

Masihkah ada jalan penyelesaian? Akhlak. Sebab utama Islam itu datang dalam masyarakat jahiliyah adalah kerana untuk menyempurnakan dan memperbaiki akhlak manusia. Dengan akhlak yang sempurna manusia boleh hidup dalam keadaan aman dan tenteram. Tiadanya akhlak, manusia hidup dalam kegelapan dan mundur.

Nabi Muhammad SAW berakhlak mulia

Telahpun kita ketahui akhlak yang terbaik untuk diikuti adalah akhlak Nabi Muhammad SAW. Maka tuntutan perbuatan dan perkataan Rasulullah adalah sunnah untuk dijadikan ikutan sepanjang zaman. Maka adakah anda orang-orang yang boleh berfikir? Telah dinyatakan melalui mengenai hal peribadi Rasulullah melalui firman Allah SWT:

وَإِنَّكَ لَعَلى خُلُقٍ عَظِيمٍ

“Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung.” (Al-Qalam: 4)

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (Al-Ahzab: 21)

Begitu juga dengan hadith:

إنما بعثت لأتم صالح الاخلق

”Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang sholeh.” (HR: Bukhari dalam shahih Bukhari kitab adab, Baihaqi dalam kitab syu’bil Iman dan Hakim)

كان احسن الناس خلقا

“Nabi SAW. adalah manusia dengan akhlak yang terbaik.” (HR: Muslim dan Abu Dawud)

Kita telah pun lihat bukti-bukti yang terdapat al-Quran dan hadith-hadith soheh mengenai keperibadian akhlak Rasulullah SAW. Dimana silapnya kita pada hari ini tanpa melihat akan perbuatan dan perkataan Raulullah yang boleh dijadikan teladan dan ikutan buat pedoman  kita semua? Saya cukup hairan bagi menusia yang sangat mengagung-agungkan Rasulullah sehinggakan menyambut kelahiran nabi dalam keadaan yang sangat meriah sekali. Apabila tiba bulan 12 Rabiulawal maka kita umat Islam terutamanya di negara ini akan menyambut kelahiran yang dipanggil Maulidur Rasul dan diadakan perarakan mengenainya. Saya tidak ingin membawa penerangan mengenai hukum Maulidur Rasul itu, saya rasa telah banyak ulasan ulama' mengenai hal tersebut. Cuma yang ingin saya timbulkan disini ialah suasana yang begitu luar biasa hebatnya disambut oleh umat Islam dalam episod Maulidur Rasulnya.

Hairan saya. Kenapa sikap begini tidak dipamerkan luar biasa hebatnya apabila menjadikan akhlak Rasulullah sebagai ikutan? Kita hanya menyambutnya sebagai simbolik untuk menunjukkan kita sayangkan Rasulullah tapi tidak kena pada tempatnya. Simbolik yang saya maksudkan ialah menyambut Maulidur Rasul itu sebagai satu perayaan yang wajib diadakan! Bukan mengingati keperibadian Rasulullah!

Rasulullah Dan Seorang Pengemis Yahudi Buta

Pernah satu peristiwa dimana Nabi berjumpa dengan seorang pengemis Yahudi buta. Pengemis itu sangat benci pada Rasulullah tetapi baginda tidak pernah membencinya. Setiap hari  sebelum Nabi SAW menjalankan tugas sebagai pemerintah negara, baginda akan pergi dahulu ke hujung pasar di Madinah berjumpa dengan yahudi buta tersebut. Apakah yang dilakukan pleh Rasulullah? Baginda akan menyuap makanan kepada yahudi itu dan sekiranya makanan sukar dikunyah, maka terlebih dahulu baginda melembutkan dahulu makanan tersebut.

Sedangkan setiap hari Yahudi buta itu selalu menherdik dan menghina Rasulullah,"Jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya."

Apakah tindakan Rasulullah apabila dikatakan sedemikian rupa? Baginda tidak berkata apa-apa pun tetapi terus menyuapkan makanan kepada pengemis buta itu tanpa membalas kata-katanya. Rasulullah SAW melakukan hal ini, sehinggalah baginda wafat. Sedangkan pengemis buta tersebut tidak mengetahui bahawa orang yang mendatangi dia setiap hari adalah Rasulullah SAW.

Satu hari Abu Bakar RA berkunjung ke rumah Aisyah. Ia bertanya, "Aisyah, adakah kebiasaan Rasulullah yang belum aku kerjakan?"

Aisyah menjawab, "Engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum kau lakukan kecuali satu saja."

“Apakah Itu?" tanya Abubakar. Ia bimbang juga kerana merasa sudah mengetahui bagaimana kebiasaan Rasulullah semasa hidupnya.

"Setiap pagi Rasulullah selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada di sana," kata Aisyah.

Keesokan harinya Abubakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abubakar mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abu Bakar mula menyuap makanan, si pengemis marah sambil mengherdik, "Siapakah kamu ?"

Abu Bakar menjawab, "Aku orang yang biasa."

"Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku," bantah si pengemis buta itu dengan kuat.

"Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut setelah itu ia berikan padaku."

Abu Bakar tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, "Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya. Orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW."

Seketika itu juga terkejut pengemis itu. Ia pun menangis mendengar penjelasan Abu Bakar, dan kemudian berkata, "Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun. Ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia...."

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadah di hadapan Abu Bakar saat itu juga dan sejak hari itu menjadi Muslim.

Berteraksi Dengan Baik

Maka apabila berinteraksi dengan seseorang Muslim, hendaklah kita meletakkan diri kita di tempatnya. Seperti kata pepatah Inggeris: Put your self in their shoes. Contohnya:

  1. Apabila berinterkasi dengan ibubapa kita, letakkanlah diri kita di tempat mereka. Nescaya kita menghendaki agar anak-anak kita berinteraksi dengan cara yang terbaik kepada kita. Maka dengan itu juga, apabila berinteraksi dengan ibubapa kita, pilihlah cara yang terbaik.
  2. Apabila melihat orang lain melakukan sesuatu kesalahan, letakkanlah diri kita ditempatnya. Nescaya kita akan menghargai apabila ada orang yang sudi memaafkan kita serta memberi nasihat dan teguran. Ini kerana tidak ada manusia yang terlepas daripada melakukan kesalahan. Maka dengan itu maafkanlah kesalahan orang lain dan berusahalah mencari ruang menasihati dan menegurnya.
  3. Apabila ingin membetulkan kesalahan orang lain, letakkanlah diri kita di tempatnya. Nescaya kita mengingini agar orang yang membetulkan kita melakukannya dengan cara yang tersembunyi, lemah lembut dan hikmah. Maka dengan itu juga, betulkanlah kesalahan orang lain, sama ada yang melakukan maksiat atau bid‘ah, secara tersembunyi, lemah lembut dan hikmah. Jangan menghebohkannya, bersikap keras dan kaku.
  4. Apabila saudara kita memiliki sesuatu kelebihan seperti ilmu, kedudukan, kemasyhuran atau harta, maka letakkanlah diri kita di tempatnya. Nescaya kita bergembira dan bersyukur atas kelebihan-kelebihan tersebut. Maka dengan itu juga, hendaklah kita turut bergembira dan bersyukur apabila di kalangan saudara kita ada yang diberi atau memiliki sesuatu kelebihan.


Apabila seorang Muslim yang lainnya mencaci dan menghina kita dengan perkataan yang kurang menyenangkan, beredarlah daripada situ dan tinggalkan majlis atau perbincangan tersebut. Jangan pula kita juga mengherdik sama. Maka samalah kita dengan dia. Tiada bezanya. Kalau boleh kita beri sedikit nasihat. Dengar ataupun tidak terpulang padanya. Insha Allah lambat laun pasti dia akan berubah. Memang sukar untuk melakukan demikian tetapi sekiranya kita ingin mengikut akhlak Rasulullah, itu sahaja jalannya.

Disebut dalam Riwayat Hadith Shahih mengenai akhlak yang mulia merupakan ibadah yang paling memberatkan timbangan amal:

"Tiada sesuatu yang lebih memberatkan timbangan (pada Hari Akhirat) berbanding akhlak yang baik."(Riwayat Abu Dawud:Dikeluarkan oleh Abu Daud dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis no: 4799 (Kitab al-Adab, Bab berkenaan akhlak yang baik).

Malah disebut orang yang berakhlak mulia adalah orang yang sangat dikasihi Nabi Muhammad SAW:

"Sesungguhnya orang yang paling aku cintai di antara kalian dan yang paling hampir tempat duduknya dengan aku pada Hari Kiamat adalah orang yang paling baik akhlaknya. Dan sesungguhnya orang yang paling tidak aku sukai dan paling jauh tempat duduknya dari aku pada Hari Kiamat adalah orang yang banyak berbicara, bermulut besar dan sombong."(Riwayat Tirmidzi: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no: 2018 (Kitab al-Birr wa al-Solah, Bab berkenaan akhlak mulia)

Khatimah

Suka saya mengingati pada para pembaca dan juga diri ini supaya berinteraksilah dengan manusia dengan sebaik-baik perkataan dan perbuatan. Mengikut sunnah Rasulullah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Tiada yang lain yang saya minta cuma persaudaraan dan ukhuwah diantara kita. Insha Allah beroleh rahmat dan keberkatan dari Allah SWT. Wassalam.

Membangun Bersama Islam. Allahu Akbar.

Tags:     lgbt      Muslim      minda yang sonsang      akhlak yang mulia      yahudi buta      Rasulullah      sikap ekstrim      Maulidur Rasul      hari kiamat      Sahih      riba      timbangan      IRA      iman      anak-anak      pemikiran      Muhammad      tuhan      anak      ilmu      lawa      rap      riwayat      hidup      Politik      hikmah      tidak senonoh      Sunnah      janggut      songs      arak      Rasulullah SAW      kesan      hadis      respon      islam      manusia      bukti-bukti      fikir      akhirat      ulama      harga      maksiat      Pengenalan      minta      hadith      baik      sujud      hp      Hukum      hakim      DAP      Adam      ALLAH      Eris      umat ISLAM      sahabat      pemerintah      al-Quran      fitnah      peribadi      rosak      nabi muhammad      marah      ISA      PAS      cinta      Quran      seorang muslim      maaf      ibadah      Fitna      fb      artis      aman      jahil      hari akhirat      persaudaraan      Sunnah Rasul      rumah      harta      hati      bergaduh      ima      usa      abu dawud      ulama\'      ikan      tangan      bulan      istiwa      sua      sur
Latest Articles

Add comment

1. Sebarang penggunaan kata-kata kesat adalah dilarang sama sekali.
2. Sebarang promosi iklan tidak dibenarkan melalui ruangan ini.
3. Sila beri komen atau pendapat dengan penuh berilmiah.


Security code
Refresh

Undi

Siapakah yang tokoh yang anda paling hormati?

Suka YOP?

mrarun10's avatar
Mohd Azhar Sulaiman mrarun10
  • bio:
    Thinking about business
  • location:
    Malaysia
  • updates:
    115
  • followers:
    52
  • following:
    37
Loading...

Last 4 tweets from mrarun10:

People talking about '@mrarun10':

Penafian: Pihak YOP tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini. Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8.0 atau Mozilla Firefox 3.0 atau Safari dengan resolusi 1024 x 768

Page Rank Check Increase your website traffic with Attracta.com