Tazkirah Ramadhan

Assalammualaikum...

Baru-baru ini saya telah mendengar sebuah tazkirah yang pendek tapi padat. Tazkirah tersebut disampaikan oleh seorang ustaz bernama Ustaz Hafizi disurau selepas menunaikan solat sunat tarawikh. Walaupun tidak berapa saya kenali ustaz tersebut tetapi cara penyampaian sangat bersemangat dan tegas.

Apa yang saya sangat tertarik dengan penyampaian beliau ialah apabila beliau mengatakan ramai umat Islam dikala ini melakukan satu kefardhuan tetapi meninggalkan satu kefardhuan yang lain. Apa yang dimaksudkan oleh ustaz tersebut?

Kita lihat disekeliling kita, ramai manusia menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Ini adalah satu situasi yang baik dan sangatlah beruntungnya seseorang itu apabila menunaikan ibadah ini dengan penuh tawaduk dan semata-mata kerana Allah s.w.t. Alangkah ruginya seseorang itu apabila meninggalkan ibadah puasa ini yang telah difardhukan keatas tiap-tiap seorang muslim. Tersangatlah ruginya. Di bulan Ramadhan ini apa sekalipun ibadah yang kita lakukan pastinya akan dilipat gandakan pahalanya. Bagaimana pula dengan dosa? Adakah melakukan satu dosa di bulan Ramadhan juga akan dilipat gandakan dosanya? Wallahu Alam. Anda sendiri tafsirkannya.

Apa yang dikatakan pula meninggalkan satu kefardhuan yang lain? Contohnya seorang muslim itu menunaikan ibadah puasa tetapi dengan sengaja meninggalkan kewajipan yang lain seperti tidak menutup aurat dengan sempurna terutamanya kepada wanita muslimah. Walhal menutup aurat itu adalah suatu kewajipan keatas tiap-tiap muslimah di atas muka bumi ini walau dimana mereka berada. Tetapi mengapa mereka meninggalkannya? Masakan boleh seseorang wanita muslimah itu melakukan ibadah puasa yang hanya 30 hari dalam setahun tetapi mendedahkan aurat  mereka 365 hari setahun!!. Sedangkan menutup aurat itu adalah bersifat sentiasa tidak boleh tidak mendedahkan aurat walau satu hari pun. Itu tidak termasuk mereka yang memakai perhiasan yang berlebihan(makeup) dan juga minyak wangi. Yang sudah tentunya haram bagi mereka sekiranya menunjukkan kepada lelaki yang bukan muhrim. Astagfirullah.....

Begitu juga pada mereka yang menunaikan ibadah puasa tetapi pada masa yang sama sengaja meninggalkan solat fardhu. Mungkin mereka menunaikan solat fardhu pada bulan Ramadhan bagi menghormati bulan ini tetapi meninggalkan solat fardhu selepas berlalunya ibadah puasa. Adakah tindakan ini betul? Adakah ini yang diajar dan disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w kepada umat manusia? Sedangkan solat fardhu diwajibkan ke atas umat muslimin dan muslimat sepanjang masa selagi kita masih hidup. Jadi mengapakah kita masih meninggalkannya?

Seperti kata Imam Ghazali, ramai manusia yang berpuasa tetapi cuma dapat lapar dan dahaga sahaja. Apa yang diharapkan untuk mendapat pahala di dalam bulan Ramadhan ini langsung tiada. Cuma penat yang menerpa. Maka sia-sialah usaha mereka untuk mendapat keampunan Allah s.w.t dibulan mulia ini. Nauzubillah...

Pada akhir tazkirah tersebut, ustaz berpesan supaya kita takut pada Allah s.w.t yakni sentiasa bertaqwa kepadaNYA walau apa yang kita lakukan. Taqwa itu adalah wasiat nabi. Selalunya lepas solat Jumaat kita pasti mendengar khatib akan berkata "Ittaqullah" yang bermaksud takutlah kepada Allah. Oleh itu marilah kita bersama-sama menyampaikan kepada umat Islam terutamanya kepada keluarga,sahabat-sahabat dan umat muslimin dan muslimat mengenai hal ini.

Insya Allah kita akan berjumpa lagi.

Wassalam....

Adalah yang baik itu baik dan yang buruk itu buruk dan tidak ada penghalang kepada hukum Allah dalam menolong kebaikan ke atas kejahatan dan meskipun panjang rangkaian kesabaran.

Tags:     Tazkirah Ramadhan      ramadhan      tazkirah      menutup aurat      mendedahkan aurat      meninggalkan solat fardhu      tawaduk      wanita muslimah      memakai perhiasan      ibadah puasa      bertaqwa kepada Allah      ittaqullah      Imam Ghazali      iman      Muhammad      pesan      rap      hidup      imam      bulan ramadhan      islam      manusia      Pengenalan      baik      Hukum      DAP      umat ISLAM      berpuasa      sahabat      jahat      pahala      kejahatan      sabar      kebaikan      nabi muhammad      ISA      PAS      haram      seorang muslim      fb      aman      solat Jumaat      Allah s.w.t      hati      kerana Allah      usa      dosa
Latest Articles

Add comment

1. Sebarang penggunaan kata-kata kesat adalah dilarang sama sekali.
2. Sebarang promosi iklan tidak dibenarkan melalui ruangan ini.
3. Sila beri komen atau pendapat dengan penuh berilmiah.


Security code
Refresh

Undi

Siapakah yang tokoh yang anda paling hormati?

Suka YOP?

mrarun10's avatar
Mohd Azhar Sulaiman mrarun10
  • bio:
    Thinking about business
  • location:
    Malaysia
  • updates:
    111
  • followers:
    44
  • following:
    37
Loading...

Last 4 tweets from mrarun10:

People talking about '@mrarun10':

Penafian: Pihak YOP tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini. Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8.0 atau Mozilla Firefox 3.0 atau Safari dengan resolusi 1024 x 768

Page Rank Check Increase your website traffic with Attracta.com