Sekolah Hamil?

Assalamualaikum...

Alhamdulillah sekali lagi kita dapat menghadapi dan menghayati bulan Ramadhan yang mulia ini dengan penuh keberkatan dan kesihatan. Syukur kita ke hadrat Illahi kerana diberi peluang untuk beribadah di bulan ini tika dikala sebelum ini tidak berpeluang sepenuhnya disebabkan kesihatan atau perkara yang tidak boleh kita elakkan.

Persoalan yang hendak dibawa pada awal Ramadhan ini ialah mengenai sekolah khas untuk pelajar-pelajar hamil yang akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Melaka. Sekolah hamil? Mungkin itu yang bermain-main di fikiran kita. Sekolah ini yang dibawah jagaan Jabatan Agama Islam Melaka aka JAIM ini bertujuan seperti berikut:-

  1. "Pendekatan kerajaan negeri untuk membantu keluarga miskin menikahkan anak mereka bertujuan mengurangkan isu hamil di luar nikah dalam kalangan pelajar"
  2. "Jika mereka telah berkahwin tiada siapa akan memarahi mereka dan kalau mereka mengandung ibu bapa boleh tanggung, jika tidak boleh tanggung, kerajaan negeri akan tanggung bayi dilahirkan,"

Sesi persekolahan yang akan bermula pada 1 September ini mungkin sedikit sebanyak akan memberi impak positif bagi sesetengah masyarakat. Namun pendapat paling banyak mengatakan ianya hanya sekadar penyelesaian yang tidak berkesudahan. Kenapa? Pendekatan yang dibuat ini sebenarnya hanya akan bertambahnya dan berleluasanya maksiat ke serata pelusuk negeri dan mungkin juga negara. Mungkin ramai yang tidak sedar, penyelesaian begini hanya akan memberi banyak peluang kepada manusia-manusia yang bernafsu jahat untuk melakukan maksiat tanpa ada kesudahan.

Kita bagi contoh seorang pencuri yang ditangkap kerana mencuri wang atau apa sahaja kemudian ditangkap dan didapati bersalah atas kesalahan mencuri. Selepas perbicaraan, dia dihukum dan hukumannya ialah dengan memberi kerja kepada pencuri tersebut. Kenapa hukumannya seperti demikian? Kita lihat kembali si pencuri itu sebelum dia pergi mencuri. Disebabkan tiada pekerjaan dan terdesak, maka tiada jalan lain dan apabila terdapat peluang yang baik lalu dia mencuri. Untuk menyelesaikan  masalah kecurian berlaku lagi oleh si pencuri ini tadi, maka pihak berkuasa memberi hukuman dengan memberi pekerjaan sesuai dengan kelayakkannya.

Saya bertanya kepada anda semua, adakah ini jalan penyelesaian yang bijak? Adakah ini akan dapat membendung gejala kecurian pada masa akan datang? Begitu juga dengan masalah pelajar-pelajar sekolah yang mengandung anak luar nikah ini. Dengan adanya sekolah tersebut hanya akan mengundang bahana kepada masyarakat dan juga institusi kekeluargaan  masyarakat Islam di negara ini. Bayangkan perkara ini terjadi pada keluarga, adik-beradik dan saudara mara kita, ianya hanya akan menambah malu pada keluarga sahaja. Malu juga pada negara disebabkan dengan wujudnya sekolah ini, maka tercalar maruah Islam itu sendiri, bila mana ramainya pelajar-pelajar yang hamil diluar nikah, maka ramai juga akan mengatakan " Negara Islamkah ini, maksiat banyak berlaku siap ada sekolah lagi". Ada juga orang lain boleh mengatakan "Dah buat maksiat hantar je kat situ, ada orang jaga". Wah sungguh mudahnya Islam dengan cara penyelesaiannya. Itu bukannya jalan penyelesaian, tapi jalan ke arah kemurkaan Allah s.w.t sahaja.

Untuk pengetahuan semua, negeri Melaka sudah mempunyai sekolah untuk pelajar-pelajar lelaki bermasalah seperti Sekolah Henry Gurney dan sekolah untuk pelajar-pelajar perempuan bermasalah iaitu Sekolah Tunas Bakti. Kedua-dua sekolah ini cukup terkenal dengan manusia-manusia yang bermasalah. Ditambah lagi sekolah khas untuk pelajar-pelajar hamil. Nanti ada pula sekolah khas untuk pelajar-pelajar yang suka mencuri. Entah apa lagi sekolah khas akan diwujudkan pada masa akan datang. Anda sendiri boleh fikirkan...

Dalam Islam sendiri banyak mengajar supaya kita mencegah dahulu sebelum terjadinya sesuatu perkara. Langkah pencegahan itu sebenarnya lebih baik dari segala bentuk penyelesaian yang cuba dilakukan. Pencegahan dari segi apa? Yakni kita kembali kepada Islam itu sendiri. Islam itu adalah panduan hidup. Bila kata panduan hidup, ia meliputi segala segi kehidupan manusia dan juga makhluk-makhluk lain. Maksudnya Islam adalah sebagai buku manual kepada manusia. Sekiranya kita buntu untuk menyelesaikan sesuatu perkara, kita kembali kepada buku manual tersebut. Maka tidak tersesatlah kita. Kenapa kita perlu mencari alternatif lain sedangkan Islam itu sendiri sudah ada jalan penyelesaiannya?.

Memang betul kita boleh beri kesedaran kepada mereka yang bermasalah ini setelah apa yang mereka telah lakukan tapi adakah ianya berbaloi? Bila kita playback sebelum berlakunya kejadian sumpama ini, kemudian kita bagi kesedaran dan tarbiyah mereka selaras dengan kehendak syariat Islam, sudah tentu perkara ini tidak akan berlaku.

Kesimpulannya, walau apa cara sekalipun jalan untuk menyelesaikan sesuatu perkara, jadikanlah Islam itu sebagai buku panduan. Sekiranya kita masih tidak jelas atau tidak memahami, bertanyakanlah kepada orang alim ulama', tok guru atau orang yang ahli tentang sesuatu perkara. Dengan ini barulah kita terpimpin dengan ISLAM. Bukan ISLAM dipimpin oleh kita!.

Kepada anda diluar sana, sekiranya anda masih sayangkan Islam ini, marilah kita bangkit dan memperjuangkan agama kita. Kita orang Islam, siapa lagi yang akan membela nasib Islam itu sendiri?

Sekolah khas pelajar hamil dibuka di Jasin

 

Tags:     bulan ramadhan      maksiat      sekolah hamil      islam      mencuri      anak luar nikah      henry gurney      tunas bakti      syariat islam      Jabatan Agama Islam Melaka      ISLAM      riba      negara islam      IRA      perempuan      nafsu      hidup      orang Islam      arak      bangkit      manusia      fikir      ulama      Pengenalan      baik      Hukum      DAP      ALLAH      maruah      jahat      positif      Terdesak      marah      PAS      ibu bapa      kahwin      ibadah      fb      sesat      Allah s.w.t      orang alim      alternatif      tok guru      ulama\'
Latest Articles

Add comment

1. Sebarang penggunaan kata-kata kesat adalah dilarang sama sekali.
2. Sebarang promosi iklan tidak dibenarkan melalui ruangan ini.
3. Sila beri komen atau pendapat dengan penuh berilmiah.


Security code
Refresh

Undi

Siapakah yang tokoh yang anda paling hormati?

Suka YOP?

mrarun10's avatar
Mohd Azhar Sulaiman mrarun10
  • bio:
    Thinking about business
  • location:
    Malaysia
  • updates:
    111
  • followers:
    44
  • following:
    37
Loading...

Last 4 tweets from mrarun10:

People talking about '@mrarun10':

Penafian: Pihak YOP tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini. Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8.0 atau Mozilla Firefox 3.0 atau Safari dengan resolusi 1024 x 768

Page Rank Check Increase your website traffic with Attracta.com