- feed:
- follow:
- bio:Thinking about business
- location:Malaysia
- updates:111
- followers:44
- following:37
Assalammualaikum....
Persoalan yang ingin ditanya pada pengunjung laman web pada kali ini ialah, adakah ISLAM itu hak milik sepenuhnya orang Melayu? Mesti ramai yang sudah tahu akan jawapannya dan tidak lupa juga pada mereka yang masih samar-samar atau tidak tahu langsung mengenai hal ini. Sekiranya jawapan anda adalah tidak tahu, maka perkara seperti ini amatlah mendukacitakan.
Saya teringat akan satu artikel Ustaz Zaharuddin yang bertajuk "Wajahnya Melayu, Juadahnya Belum Tahu" yang berbicara tentang makanan halal yang dijual oleh orang Melayu adakah benar-benar halal atau pun tidak. Mesti ramai yang mungkin mempersoalkan kenyataan tersebut. Mesti ada yang mengatakan sebegini "Dah orang Melayu yang jual, mestilah halal". Mungkin juga ada yang ekstrem terus mengatakan "Orang Melayu kan orang ISLAM...makan je lah.". Ini adalah kata-kata yang dangkal dan naif.
Saya sebenarnya merasa sedikit bimbang, apabila umat Islam pada ketikanya kelihatan bergantung sepenuhnya kepada bangsa. Jika restoran dilihat dilayan oleh Melayu, tanpa ragu dan bimbang lagi, diyakini semua hidangannya adalah halal. Sebenarnya, ramai Melayu dan Mamak yang bukan lagi Islam, ramai juga peniaga Melayu dan Mamak yang tersangat ambil mudah dalam bab halal, sehingga ada kemungkinan mereka ingin menjimatkan kos dengan membeli ayam bangkai (tidak sembelih yang lebih murah) untuk restorannya, untuk kedai ayam perciknya, untuk jualan di kedai sataynya dan sebagainya.Ustaz Hj Zaharuddin Abd Rahman
Bila kita kita lihat sedikit huraian daripada kata-kata Ustaz Zaharuddin, jelas dan nyata bangsa bukanlah pengukur kepada agama seseorang. Kalau lihat di persekitaran kita semua, adakah benar orang-orang Melayu itu adalah ISLAM? Ada seorang rakan kita dalam laman fb saya menjawab begini:-
orang melayu tu maknanya orang islam lah saudaraku... ahh... sudahlah malas nak bertekak dgn awak ni. awak sama dengan pemimpin awak tu.... pandai bercakap tapi bila nak buat berbagai alasan diberi......
Pelik tetapi benar. Inilah kenyataan sebenar orang-orang Melayu. Tetapi bukan semuanya berfikir seperti demikian. Terlampau jumud fikiran mereka. Ini adalah fikiran sempit yang sepatutnya kita elakkan daripada bersarang diminda kita. Jangan disebabkan bangsa maruah agama tergadai. Teringat kembali kisah Lina Joy. Ini adalah salah satu contoh manusia yang bernama Melayu yang telah keluar dari Islam. Malah boleh membawa pengaruh negatif kepada umat Islam di negara ini. Kalau diikutkan tindakan si Lina Joy ini, pada zaman para sahabat, dia mungkin telah pun dihukum mati. Bukan untuk menakutkan tapi untuk kepentingan maslahat umum. Kenapa? Orang yang sebegini akan menyebabkan lebih ramai orang Islam murtad disebabkan kes beliau yang masih lagi segar diingatan saya.
Cuba kita renungkan, di dalam dunia ini Allah s.w.t menjadikan manusia daripada pelbagai bangsa, suku kaum dan masyarakat. Ada yang berbangsa arab, cina, india,dan sebagainya. Adakah kesemuanya beragama Islam? Bolehkah orang arab Muslim itu boleh dikategorikan sebagai bangsa Melayu? Sudah tentu bukan! Orang-orang Palestin juga terdiri daripada pelbagai bangsa yang beragama Islam. Tidak pula kedengaran mereka ini terdiri daripada keturunan Melayu. Orang Jordan, Lubnan, orang Chechnya, Iran, Iraq dan seluruh umat Islam di dunia ini bukanlah berbangsa Melayu.
Oleh yang demikian, bukanlah bangsa atau keturunan menjadi kayu pengukurnya tetapi ISLAM itu sendiri. Maka dengan itu kepada mereka yang masih beranggapan Melayu itu adalah ISLAM, berfikirlah sejenak untuk kepentingan orang-orang ISLAM. Ubahlah cara pemikiran anda. Masa untuk berubah!
2. Sebarang promosi iklan tidak dibenarkan melalui ruangan ini.
3. Sila beri komen atau pendapat dengan penuh berilmiah.