Mari Berjihad!

Assalammualaikum...

Masih terngiang-ngiang lagi peristiwa dua minggu lalu mengenai pertimbangan kerajaan untuk meluluskan lesen pertaruhan judi Bolasepak dunia yang akan berlangsung tidak lama lagi. Maklumlah pertaruhan besar-besaran mungkin akan berlangsung secara haram di seluruh dunia. Maka, dengan kesempatan yang ada inilah kaki-kaki judi mungkin tidak mahu melepaskan peluang keemasan untuk mengaut keuntungan berganda. Banyak bantahan telah dikeluarkan mengenai isu ini tapi masih belum ada apa-apa tindakan lagi. Kelulusan telah diberi dan kemudian baru lah mahu mengambil inisiatif untuk bertanyakan pendapat para ulama' mengenai hal ini. Pelik. Perkara yang telah diluluskan baru hendak mengambil maklum mengenai pendapat para ulama' tentang hal ini. Bukankah kebanyakan pemimpin kita adalah pemimpin dikalangan orang Islam? Tidak tahukah mereka mengenai hukum-hakam Islam?

Bantahan yang pelik dan mengelirukan

Perkara lebih penting lagi isu lesen judi itu akan terus berkumandang sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti. Ia akan dijadikan modal oleh pakatan pembangkang terutama Pas bagi menarik sokongan pengundi Melayu.(sumber)

Lihat ini juga: Kerajaan perlu dengar suara rakyat

Tidakkah anda berasa pelik? Sepatutnya kita akan rasa amat marah dan benci mengenai perkara-perkara yang diharamkan oleh syariat. Perkara itu tidak sepatutnya berlaku di bumi Islam ini. Ini tidak, lebih mementingkan idea politik sempit mereka. Nauzubillah min zalik. Inilah pemimpin yang kita sanjung yang kebanyakan adalah orang Islam kita sendiri. Sedih rasanya. Sedih..... Terpulang pada anda di luar sana sama ada mahu membantah ataupun menyokong. Kita boleh lihat sendiri kezaliman yang dilakukan atas tangan-tangan yang berkuasa. Kenapa? Sebab kita lari daripada hukum-hakam Allah s.wt itu sendiri. Mengikut undang-undang manusia semata-mata.

Oleh itu, saya menyeru kepada saudara-saudaraku sekalian, marilah kita berjihad di jalan Allah. Mungkin kita tidak perlu berperang mengangkat senjata, cukuplah sekadar menyebarkan ilmu dakwah Islamiyah ke seluruh negara. Dengarkan lah sebuah hadis:-

Diriwayatkan dari Anas bin Malik r.a: Rasulullah saw bersabda, "Pergi berjuang di jalan Allah, baik pagi maupun petang, pahalanya lebih baik daripada dunia dan seisinya" (6:36-Shahih Muslim)

Berdoalah semoga kita tidak tergolong dari golongan orang-orang yang rugi. Amin.....

Tags:     judi halal      judi lesen      pertaruhan haram      judi bolasepak dunia      awang adek      islam      jihad islam      timbangan      hukum-hakam islam      iman      ilmu      ayu      riwayat      Politik      dakwah      orang Islam      arak      Rasulullah SAW      hadis      suara      manusia      Muslim      Rasulullah      ulama      Melayu      Pengenalan      baik      hukum-hakam Allah      Hukum      DAP      ALLAH      Eris      doa      Shahih Muslim      pahala      zalim      marah      PAS      fb      sedih      lima      ima      usa      ulama\'
Latest Articles

Add comment

1. Sebarang penggunaan kata-kata kesat adalah dilarang sama sekali.
2. Sebarang promosi iklan tidak dibenarkan melalui ruangan ini.
3. Sila beri komen atau pendapat dengan penuh berilmiah.


Security code
Refresh

Undi

Siapakah yang tokoh yang anda paling hormati?

Suka YOP?

mrarun10's avatar
Mohd Azhar Sulaiman mrarun10
  • bio:
    Thinking about business
  • location:
    Malaysia
  • updates:
    111
  • followers:
    44
  • following:
    37
Loading...

Last 4 tweets from mrarun10:

People talking about '@mrarun10':

Penafian: Pihak YOP tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini. Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8.0 atau Mozilla Firefox 3.0 atau Safari dengan resolusi 1024 x 768

Page Rank Check Increase your website traffic with Attracta.com