- feed:
- follow:
- bio:Thinking about business
- location:Malaysia
- updates:111
- followers:44
- following:37
Assalammualaikum.....
Saya rasa mungkin ramai yang sudah mengetahui mengenai kelulusan pertaruhan haram yang telah secara rasminya diluluskan oleh pihak kerajaan Malaysia. Walaupun demikian, berita ini tidak pula diuar-uarkan di dalam berita samada melalui radio mahupun televisyen. Kelulusan ini diberitakan sehari sebelum perhimpunan UMNO yang ke-64. Pihak yang bertanggungjawab memegang 'AMANAH' judi(pertaruhan haram untuk bola sepak dunia) ini ialah syarikat Toto Sports yang dimiliki oleh Vincent Tan. Nauzubillah. Apakah yang difikirkan oleh pemerintah Malaysia sekarang ini? Apakah Islam hanyalah alat permainan mereka? Bila ada perhimpunan membantah pertaruhan judi haram ini dilakukan, pihak polis pula menahan pembantah-pembantah yang berkaitan. Ya Allah! Apa yang telah terjadi dengan negara yang dikatakan Islam ini?
Marilah kita berfikir sejenak. Mereka yang melaung-laungkan membela Islam tapi mengkhianati Islam pada masa yang sama. Bolehkan jalan Islam itu boleh dicampuri dengan unsur-unsur yang haram? Anda sendiri boleh tafsirkan. Mereka ini dengan sewenang-wenangnya menafikan hukum-hukum Allah s.w.t tanpa rasa takut dan tidak menghiraukan bantahan orang ramai berkenaan pertaruhan haram ini. Kita sebagai umat Islam apabila terjadi kes ini, apakah sumbangan kita untuk mempertahankan dakwah Islamiyah berterusan tanpa ada sekatan?
Justeru itu, marilah kita bersama-sama bangkit untuk menentang kezaliman dan juga kekufuran manusia yang bertopengkan Islam ini. Mungkin sumbangan kita hanya sedikit tapi dengan satu undi akan dapat merubah segala-galanya. Pilihlah Islam untuk negara. Insyaallah....Allahuakbar.
Sila baca pautan ini: Perjudian Bolasepak Akan Dihalalkan?
Pautan lain: Judi Bola
YOP: Pada masa artikel ini ditulis, Kerajaan cuba memberi lesen judi kepada pihak berkaitan untuk menguruskan urusan pertaruhan dalam Piala Dunia 2010 tetapi mendapat bantahan orang ramai dan telah dimansuhkan.
2. Sebarang promosi iklan tidak dibenarkan melalui ruangan ini.
3. Sila beri komen atau pendapat dengan penuh berilmiah.