- feed:
- follow:
- bio:Thinking about business
- location:Malaysia
- updates:111
- followers:44
- following:37
Kes liwat. Isu hangat semasa. Pelik tetapi benar dan juga menjelikkan. Kenapa? Yang peliknya, kes ini seperti ada episod 2. Episod pertama iaitu pada tahun1999. Kes ulangan untuk tahun yang berbeza. Tetapi benarkah seperti yang didakwa?. Bukti pun tidak berapa nak dipastikan benar ataupun tidak. Saksi pun tiada. Yang jeliknya saksinya hanyalah sehelai seluar dalam seperti kes dulu saksinya hanya sebuah tilam. Memalukan sahaja.
Menurut hukum Islam, semua individu Islam perlu berawas dalam mempercayai atau menyebarkan apa jua berita berkaitan zinanya seseorang dan juga liwat. Imam Ibn Qudamah dan lain-lain ulama silam yang berautoriti menyebut dengan jelas bahawa menuduh liwat tanpa saksi termasuk dalam hukum qazf. ( Al-Mughni, 9/72 ; Syarh Muntaha Al-Iradat, 3/599 ; Kasyyaf Al-Qina', 6/433)
Imam Abi Ishak As-Shirazi As-Syafie berkata :
ولا يقبل في اللواط إلا أربعة لانه كالزنا في الحد في الشهادة
Ertinya : Tidak diterima dalam tuduhan liwat kecuali empat saksi kerana ia adalah sama seperti zina dalam (keperluan saksinya) untuk disabitkan hukum" ( Al-Muhazzab, 3/332)
Tanpa berhati-hati, seseorang yang percaya dan menyebarkannya boleh jatuh dalam kesalahan Qazaf yang amat besar dosanya di sisi Islam.
Untuk mengetahui lebih lanjut, sila ke pautan ini - Liwat : Boleh Percaya Atau Tidak?
2. Sebarang promosi iklan tidak dibenarkan melalui ruangan ini.
3. Sila beri komen atau pendapat dengan penuh berilmiah.