Pencuri Iman!

Assalammualaikum...
Mungkin situasi diatas jarang-jarang terjadi di mana-mana sahaja tanpa mengira kaum ataupun bangsa. Situasi menegur. Menegur pada yang haq. Mencegah pada yang mungkar. Cukup beranikah kita menegur dalam situasi di atas?. Situasi di atas mungkin adalah fantasi semata-mata bukan realiti.
Kini, bukanlah isu ini melibatkan sesuatu kaum sahaja, kaum itu seksi, kaum ini tidak tetapi telah berjangkit seperti virus influeza kepada mana-mana kaum sama ada yang islamnya atau yang bukan islamnya. Kebebasan yang tidak dibatasi dengan iman pasti terbabas menyimpang jauh dari landasannya. Sanggupkah kita menjadi pencuri iman?
Satu antara dua sama ada ingin berterusan seperti itu ataupun berubah ke arah lebih baik. Kita sesungguhnya percaya dan beriman bahawa syurga dan neraka itu wujud. Melalui nas-nas al-Quran dan al-Hadith yang telah disampaikan oleh para nabi terdahulu dan yang terakhir yakni Nabi Muhammad Saw. Tetapi adakah keimanan sudah cukup untuk membela nasib agama? Tanpa amalan yang meningkatkan lagi keimanan kita itu?
13 Alasan Yang Popular
Saya sangat 'tertarik' tentang alasan-alasan yang dikeluarkan oleh sesetengah umat Islam yang mungkin bagi mereka adalah jawapan yang tepat lagi selamat. Malah ada dikalangan mereka merasa bangga dengan jawapan tersebut seolah-olah ianya diterima oleh masyarakat tanpa ada bantahan. Ada diantara mereka sungguh dasyat jawapannya bila bertanyakan tentang hal aurat wanita muslimah ini;
"Ala...kubur masing-masing", kata salah seorang dari mereka.
Dasyat!
Saya ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada En. Ramli Joned kerana dapat memberi info tentang alasan-alasan mereka yang masih menafikan tuntutan agama ini. Antara-antara alasan-alasan mereka(alasan yang dihitamkan):-
1. Semua yang tutup aurat, 'confirm' masuk syurga ke? Sebenarnya Islam itu bukan hanya terletak pada auratnya sahaja. Malah banyak lagi yang hendak disenaraikan. Dari segi solatnya, puasa, zakat, menunaikan haji dan pelbagai lagi. Cuma apa yang hendak diperjelaskan dalam hal ini ialah aurat merupakan salah satu elemen yang penting bagi wanita muslimah dalam membezakan antara orang yang bukan Islam dengan orang Islam. Maka sedarkah bahawa gelagat dan tatacara berpakaian kita sama dengan orang yang bukan Islam sekiranya tidak menutup aurat?? Fikirkan lah.
2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa juga. Mengumpat orang. Teringat lagi apa yang pernah diperkatakan oleh Ustaz Zaharuddin Abd Rahman mengenai hal menutup aurat ini. Sesungguhnya orang yang menutup aurat itu telah menutup satu lubang dosa yang mana mungkin dilakukan oleh wanita Islam yang lainnya. Manakala aktiviti mengumpat itu pula adalah satu dosa yang lain. Bagaimana ceritanya jika wanita itu tidak menutup aurat dan mengumpat pula? Tidakkah orang tersebut melakukan dua dosa yang berlainan, dosa tidak menutup aurat dan dosa mengumpat? Ingatlah bahawa sesungguhnya manusia itu akan sentiasa melakukan dosa kerana manusia itu bukanlah maksum seperti nabi-nabi. Dan apabila kita melakukan dosa, bertaubatlah adalah satu jalan yang paling afdhal bagi menebus dosa dan tidak mengulanginya lagi.
3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos. Satu perkara perlu diingatkan pada sesiapa sahaja pun yang membaca artikel ini. Masih ingat lagikah kalimah suci yakni "Amar ma'aruf nahi munkar"? Tidakkah kita disuruh melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran. Kalimah ini tertanggung wajib diatas setiap umat manusia dalam menyampaikan dakwah dan mencegah kemungkaran. Menyampaikan dakwah dan perkara kebaikan adalah urusan setiap manusia bukan hanya pada ulama' sahaja. Dengarkan sedikit sedutan video ceramah daripada Ustaz Azhar Idrus ini:-
Dim lights Download Embed Embed this video on your site
Mungkin dengan sedikit nasihat dan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus tersebut boleh memberi penerangan ringkas kepada mereka yang sentiasa berusaha mencegah kemungkaran di atas muka bumi Allah ini. Insha Allah.
4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik. Adakah dengan kenyataan ini mendakwa bahawa kita mempunyai hati yang baik, beriman, berbudi bahasa lagi bertaqwa? Benarkah hujjah mereka? Benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam Islam ? Ada juga yang sudah semakin ‘advance' hujahnya lantas berhujjah dengan sebuah maksud hadith Nabi yang sohih iaitu:
"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu" (Riwayat Muslim)
Simpati bercampur kesal saya mendengar bagaimana terdapat orang yang sewenangnya berhujjah dengan hadith untuk menyokong nafsunya. Hanya digunakan Islam dalam hal yang selari dengan kehendaknya sahaja. Hakikatnya, sesuatu untuk baik dan suci mestilah ditentukan mengikut neraca Allah dan RasulNya, bukannya neraca pemikiran kita semata-mata. Jika merujuk kepada neraca Islam, Nabi SAW pernah bersabda ertinya :
"Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati" (Riwayat Muslim)
Berdasarkan hadith ini, menurut neraca Islam kebaikan hati seseorang boleh dilihat di peringkat pertamanya dari tindak tanduknya. Ertinya, bila tindakannya sentiasa menyalahi kehendak dan hukum yang diletakkan Islam, ia adalah tanda kekotoran hatinya. Jika tindakan luarannya pula bertepatan dengan kehendak Islam, maka adalah harus ianya dianggap baik pada peringkat pertama iaitu neraca luaran orang ramai, adapun baik di peringkat kedua adalah samada hatinya bertujuan kerana Allah atau selainnya seperti sekadar menunjuk-nunjuk sahaja.
Justeru, 'we can judge a book by its cover in certain cases' iaitu apabila perkara asas Islam dilanggar, maka sudah tentu ‘that cover is reflecting what's inside the heart of a person'. ANDA faham sekarang?
5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok. Adakah anda berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak? Satu soalan 'killer' yang boleh saya ajukan ialah sekiranya berpakaian seksi, jarang dan mendedahkan aurat itu adalah hak anda, bagaimana pula dengan hak Allah yang menyuruh wanita Islam supaya melabuhkan pakaian mereka dan menutup aurat? Mana lebih besar antara hak manusia dengan hak Allah s.w.t? Silalah jawab dengan ikhlas wahai kaum muslimah.
6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami. Seksi atau tidak, anda tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut. Dosa anda tetap tidak berkurang sedikitpun sekiranya anda masih berpendapat sedemikian.
7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa. Jawapan ini adalah sangat memalukan dan menyedihkan. Oleh kerana ingin menyedapkan hati mereka, jawapan ini sering kali dikeluarkan bagi membenarkan perbuatan mungkar mereka itu. Benarkah jawapan itu boleh diterima pakai? Firman Allah s.w.t ada menyebut:-
"Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan."(Al-'Ankabuut :Ayat 45)
Cuba anda perhatikan ayat "...sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar....". Apakah maksudnya?
Allah tidak pernah memungkiri janji-Nya. Seandainya solat kita semua tidak mampu mencegah diri daripada kejahatan, terutamanya Zina dan perbuatan mungkar yang lainnya, pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan solat yang kita kerjakan. Bukan sahaja daripada aspek cukup Syarat atau sah tidak sahnya solat itu, malah intipati dan maknanya. Sudah pasti ada cacat cela solat kita itu.
Sekiranya solat itu tidak mencegahnya dalam berbuat maksiat dan mungkar(cth:mendedahkan aurat), maka sebenarnya solatnya itu tidak cukup sempurna. Ada lompang-lompang seolah kain buruk yang dicarik-carikkan. Ini bererti kita perlu perbaiki solat itu kerana solat merupakan antibodi terkuat dalam Islam untuk mengawal nafsu dan mencegah dari perbuatan mungkar. Mengertilah.
8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain. Sebenarnya ANDA sudah menyusahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan mengheret mereka ke neraka bersama disebabkan mereka tidak menegur ataupun gagal mendidik anda. Sekiranya sudah menegur anda, tetapi masih dalam keadaan sedemikian, maka urusan mereka telah pun selesai. Dan sekiranya mereka ditanya dihadapan Allah nanti, sudah tentu mereka akan menjawab "...sudah berkali-kali menegur..".
Jadi, bersediakah anda dengan jawapan anda pula?
9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan. Sungguh mudah jawapannya. Bersediakah anda sekiranya disoal nanti di hadapan Allah tentang perbuatan mungkar anda? Percayalah azab seksaan Allah amat pedih dan memeritkan. Tiada yang ringan.
10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene(ayat artis). Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah? Cuba lihat video ini:
Dim lights Download Embed Embed this video on your site
Nauzubillahi min zalik....
11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru. Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat pula nanti. Sesungguhnya perbuatan menangguhkan amalan kebaikan adalah mengikut perangai syaitan.
12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la. Bolehkah anda memberi tanda atau apa saja supaya Malaikat Izrail menangguhkan kerjanya untuk mencabut nyawa anda kelak? Firman Allah s.w.t:
"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya."(A-li'Imraan:Ayat 185)
Malangnya sekiranya tidak sempat bertaubat anda telah pun menemui ajal dan membawa segunung dosa. Tidak takutkah anda dengan azab Allah yang amat pedih dan menyeksakan?
13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya. Kalau begitu anda sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam. Masha ALLAH!
KHATIMAH
Maka dengan peringatan ini yang serba ringkas, marilah bersama-sama berdakwah dalam menyuruh ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Jangan biarkan jawapan-jawapan manusia diatas mengelirukan anda dalam berdakwah. Mereka cuba menggagalkan aktiviti berdakwah itu dengan alasan-alasan yang naif lagi jahil. Teruskanlah perjuangan tanpa mengenal penat dan lelah. Sesungguhnya balasan yang baik itu ada ganjarannya yakni syurga Allah. Semoga kita tidak menjadi seorang yang mencuri iman. Insha Allah.
Disini saya paparkan sebuah sedutan video untuk tatapan para muslimah.:
Dim lights Download Embed Embed this video on your site
Membangun Bersama Islam. Allahu Akbar....

Comments
Admin YOP: Betul tuh.
Admin YOP: Terima kasih....teruskan membaca. :)
RSS feed for comments to this post