Sudut Media

Boikot

Assalammualaikum....

Sudah lama tidak mencoretkan sesuatu yang baru dalam web ini. Kerana kesibukan yang tidak dapat dielakkan, dan masa yang terhad. Hari ini dapat jua saya mencoretkan sesuatu yang mungkin berilmiah untuk dikongsikan bersama kepada pengunjung web ini. Di dalam kepala saya, sering bermain-main bermacam perkara dan nasib umat Islam di dunia amnya dan juga di Malaysia ini khasnya. Apa yang boleh saya katakan di sini dan menjadi tanda tanya bagaimanakah umat Islam boleh hidup dalam keadaan aman dan tenteram tanpa ada anasir-anasir negatif dan yang merosakkan minda manusia. Tanda tanya yang merunsingkan ialah apabila manusia yang bernama Islam itu sering mencalarkan nama Islam itu sendiri yang mereka sangat pertahankan. Bukan dari luar tapi dari dalam kelompok komuniti Islam yang kononnya membela nasib Islam umumnya.

Mungkin sukar untuk difahami mengapa keadaan itu berlaku tetapi bagi sesetengah pihak perkara ini sudah pun berlaku dalam sejarah hidup manusia yakni sejak dari permulaan hidup Nabi Adam lagi. Sejarah pembunuhan pertama dalam sejarah hidup manusia dikisahkan melalui cerita habil dan qabil. Masakan saudara sedarah boleh membunuh sesama sendiri?. Takdir telah menentukan segalanya. Tetapi kini bukan sahaja saudara sedarah membunuh sesama mereka, bahkan saudara seagama boleh menikam dari belakang asalkan hasrat yang dikehendaki dan maksud tercapai untuk kepentingan diri sendiri. Mereka tidak sedarkah akan pesan nabi s.a.w bahawasanya:-

Diriwayatkan dari Nu'man bin Basyir r.a: Rasulullah Saw. bersabda, "Perumpamaan orang-orang Mukmin dalam saling mencintai, saling mengasihi, dan saling menyayangi seperti satu tubuh. Apabiila satu organ tubuh merasa sakit, akan menjalar kepada semua organ tubuh, iaitu tidak tidur dan merasa demam."(8:20-Shahih Muslim)

Diriwayatkan dari Abu Musa r.a:Rasulullah Saw. bersabda,"Seorang Mukmin dengan orang Mukmin lainnya seperti bangunan yang saling menguatkan satu sama lainnya."(8:20-Shahih Muslim)

Kita boleh lihat disini bahawa umat Islam itu sepatutnya bersatu dan mengembleng tenaga dalam bab-bab agama dan hal-hal kebaikan untuk diri sendiri, masyarakat dan juga negara. Bak kata pepatah melayu "Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh". Tetapi bagaimana pula akan halnya jika seseorang itu membantah atau memprotes terhadap individu Islam yang lainnya tentang sesuatu perkara kemaksiatan? Adakah ianya akan dianggap sebagai jatuh menjatuhkan sesama Islam? Adakah ianya boleh diterima sebagai umat Islam bergaduh sesama sendiri? Kalau ada yang berkata 'ya', mereka yang berkenaan boleh dikatakan masih lagi tidak memahami konsep teguran dan nasihat dalam Islam.

Saya bertanyakan satu soalan kepada seorang ustaz seperti berikut:-

"Ada orang memberi komen di FB seperti dibawah:-
"ingat pesan Nabi kita, jika seseorang itu melakukan 9 keburukan, 1 kebaikan, lihatlah pada kebaikannya..jgn lihat pd keburukan.."

Maksudnya sekiranya seseorang individu/masyarakat/kerajaan banyak lakukan perkara maksiat tetapi ada sebahagiannya sahaja yang baik, kita ambil yang baik sahaja dan meninggalkan yang maksiat/buruk tersebut tanpa teguran ataupun nasihat. Bolehkah diterima?

Jawapan:

Mana boleh begitu sebab menyampaikan peringatan dan dakwah itu adalah wajib, kita sebagai umat Islam mesti mencegah perkara tersebut berlaku sekadar kemampuan kita. Boleh bagi hadis itu riwayat siapa, sebab saya nak rujuk...

Kalau kita buat buta dan tak tahu sahaja nanti kalau Allah bagi bala semua akan kena, kita yang tak tegurpun kena walaupun kuat ibadah. Takut-takut kita juga dapat saham dia sebab kita tak tegur kesalahan dia-Ustaz Nor Amin Sayani Bin Zainal

Ini mungkin jawapan yang ringkas bagi mereka yang tidak memahami konsep menegur, menasihat, membantah dan memprotes dalam hal-hal yang membawa kepada kemaksiatan oleh seseorang individu/masyarakat/ kerajaan/negara itu. Mereka sepatutnya faham dan bukannya berdiam diri. Sebab itulah ada konsep "Amar Ma'ruf Nahi Munkar" dalam Islam. Dan ini adalah sangat bertepatan dan menolak kenyataan yang mengatakan Umat Islam jatuh menjatuhkan sesama sendiri. Sangat jauh dari landasan sebenar bagi mereka yang berfikiran sedemikian. Sekiranya sikap ini berterusan, maka individu/masyarakat/kerajaan/negara yang terbabit akan terus bergelumang dengan maksiat dan kezaliman dan akhirnya akan merugikan keharmonian Islam yang kita pertahankan selama ini.

Bagaimana pula mereka yang mencemarkan nama Islam dan pada masa yang sama mempertahankan nama Islam? Persoalan sebegini nampak seperti gila, tidak betul, sasau dan sebagainya. Sekiranya anda bertanya pada sesiapa pun pasti mereka akan menjawab dengan jawapan yang sama atau lebih ekstrim lagi. Satu pekerjaan yang sia-sia dan sangat merugikan. Keadaan sebegini lah yang banyak berlaku pada masa kini.

Menutup aurat tetapi berkata-kata yang tidak baik, mengumpat dan mengata orang dengan kata-kata nista. Menutup aurat tetapi berpakaian ketat dan sendat menunjukkan pemakaian dalam Islam itu adalah fesyen mengikut zaman. Bersama-sama turut mengatakan protes terhadap negara-negara yang menghina Islam dan Nabi Muhammad Saw tetapi hidup mereka penuh dengan maksiat yakni menghadiri konsert-konsert hiburan yang melalaikan, berkumpul dan bersesak-sesak antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. Dalam keadaan yang suka berhibur dan menonton rancangan-rancangan hiburan yang berpanjangan, masakan boleh kita besama-sama membanteras gejala sosial yang serius dikala ini?

Boikot

Cara memboikot rancangan-rancangan hiburan dan konsert-konsert yang tidak mendatangkan faedah pada Islam itu sendiri adalah salah satu cara mempertahankan nama dan maruah Islam. Pemakaian dalam Islam bukanlah seperti yang digambarkan dalam Islamic Fashion Show baru-baru ini. Sangat jauh dari landasan fesyen Islam sebenar. Bukan tidak boleh berfesyen tetapi mestilah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Tidak boleh lari walau sedikitpun. Bila semuanya diikuti dengan bijak dan waspada, tidaklah kita dikatakan mencemarkan nama dan maruah Islam. Tidakkah kita ketahui?

Kita juga boikot bagi individu yang melakukan maksiat, kejahatan dan kezaliman. Nasihat dan teguran tetap terus dilakukan tanpa kenal erti penat dan putus asa. Bukannya kita menzalimi ataupun membencinya sebagai seorang Islam tetapi membencinya disebabkan kemaksiatan yang dilakukan. Itu yang kita sepatutnya tanamkan dalam diri masing-masing. Bukannya bergaduh sesama sendiri. Bukan jatuh menjatuhkan. Fahamilah.

Kita boikot untuk kepentingan Islam dan keharmonian umat Islam itu sendiri. Boikot untuk kepentingan Islam semata-mata. Tidakkah itu dikatakan jihad kerana Allah? Mungkin mereka tidak sedar atau masih lena dibuai mimpi. Bagi mereka yang masih tidur dan tidak sedar, bangkitlah dari tidur anda dan sedarkan lah mereka dari lamunan dunia ini yang penuh dengan tipu daya. Nikmatilah dunia ini semata-mata kerana akhirat. Insya Allah pasti berjaya!!!

Wassalam...

"BOIKOT UNTUK ISLAM"

Tags:     Amar Ma'ruf Nahi Munkar      Islam      Shahih Muslim      ersatu kita teguh      bercerai kita roboh      Islamic Fashion Show      boikot      rancangan hiburan      jihad kerana Allah      gejala sosial bukan muhrim      IRA      iman      perempuan      Muhammad      anak      ayu      pesan      nikmat      riwayat      hidup      mengumpat dan mengata      dakwah      menutup aurat      malaysia      orang Islam      arak      Rasulullah SAW      lalai      hadis      bangkit      manusia      fikir      Rasulullah      akhirat      Melayu      maksiat      baik      babi      DAP      an nas      Adam      menghina Islam      maruah      umat ISLAM      dunia      jahat      Aurat      Agama      Habil dan Qabil      kejahatan      zalim      rosak      kebaikan      tidur      nabi muhammad      berjaya      ISA      membunuh      PAS      cinta      ibadah      fb      aman      Mengumpat      bab agama      garis panduan      lima      bergaduh      umpat      ima      usa      fesyen      peringatan      putus asa      hina islam      mukmin      ikan      sua      su      in

Add comment

1. Sebarang penggunaan kata-kata kesat adalah dilarang sama sekali.
2. Sebarang promosi iklan tidak dibenarkan melalui ruangan ini.
3. Sila beri komen atau pendapat dengan penuh berilmiah.


Security code
Refresh

Penafian: Pihak YOP tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini. Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8.0 atau Mozilla Firefox 3.0 atau Safari dengan resolusi 1024 x 768

Page Rank Check Increase your website traffic with Attracta.com