Sudut Media

Isu Hangat Yang Diperkatakan

Assalammualaikum.....

Syukur alhamdulillah dapat kiranya saya menulis dalam ruangan kali ini untuk tatapan anda semua. Isu yang ingin dibangkitkan pada episod hari ini ialah mengenai isu khutbah Jumaat-mendoakan untuk orang bukan islam dan juga isu surau disimbah cat. Sebelum saya memulakan perbicaraan, ingin saya tekankan di sini bahawa isu-isu yang ingin dan telah ditulis dalam laman web ini hanyalah sekadar pendapat saya yang masih kekurangan ilmu ini. Sebarang penafsiran dan kelemahan isu yang dikupas hanyalah datang dari saya sendiri. Tidak lebih dari itu. Mungkin ada juga yang berpendapat bahawa banyak isu yang dimainkan seolah-olah seakan berpolitik. Semuanya terpulang pada anda yang membacanya.

Setahu saya ilmu Islam ini meliputi dari semua segi ilmu yakni dari segi ilmu ibadah, muamalat, munakahat dan juga jinayat. Islam itu cara dan panduan hidup. Maka bila dikatakan cara hidup ia meliputi seluruh kehidupan manusia tanpa mengira umur, pangkat, harta, status, jantina, pendidikan dan sebagainya. Maka Islam ini sah dan hanya satu agama yang diterima disisi Allah s.w.t. Cubalah melakukan sesuatu perbincangan itu dengan berilmiah bukan mengikut nafsu semata-mata. Sekiranya dengan nafsu, masakan kita akan mendapat ilmu disana?

Khutbah Jumaat-Mendoakan Untuk Orang Bukan Islam

Kupasan isu ini mengenai sebuah negeri di utara tanahair yang mengatakan seorang khatib telah berdoa menggantikan nama Yang Dipertuan Agong kepada nama Ketua Menteri negeri berkenaan selepas khutbah Jumaat. Kes ini lebih kurang sama dengan kes isu nama Allah yang dilaporkan didada akhbar tidak lama dulu. Orang melaporkan kejadian ini juga adalah orang yang sama. Laporan akhbar seperti dibawah:-

  1. Isu doa khutbah Jumaat mesti segera dirungkai
  2. Saya akan saman-Zakaria

Seperti yang telah dikupas oleh Ustaz Zaharuddin(sumber) mengenai isu ini, apa yang umum ketahui ialah tiada nama yang digantikan pada khutbah Jumaat tersebut tetapi hanya mendoakan supaya Ketua Menteri berkenaan mendapat hidayah dan memeluk agama Islam daripada Allah s.w.t. Tidakkah doa itu baik lagi bermanfaat? Manakah salahnya? Contohnya saya berkawan dengan seorang lelaki yang berketurunan cina dan beragama kristian. Saya mendoakannya supaya mendapat hidayah dan boleh menerima Islam. Tidak semestinya doa itu didalam solat. Malah diluar solat pun kita boleh berdoa. Sebabnya setiap perkataan yang kita ucapkan juga adalah doa.

Bagi yang mengikuti isu ini, janganlah terburu-buru dalam menghukum tetapi sebaliknya menyiasat terlebih dahulu samada benar atau tidak seperti yang didakwa. Boleh jadi ia hanyalah sebuah fitnah semata-mata. Mungkin juga tidak. Tertarik dengan artikel Ustaz Zaharuddin mengenai berdoa untuk orang yang zalim samada untuk orang Islam atau bukan Islam adalah ditegah.

Jangan dilupa juga, doa kebaikan untuk orang zalim yang pasti menurut neraca Al-Quran dan Al-hadis, sama ada kepada orang Islam atau bukan Islam adalah ditegah. Dalam sebuah athar yang kukuh jalan riwayatannya, disebut :-
من دعا لظالم بالبقاء فقد أحب أن يعصى الله
Ertinya : sesiapa yang mendoakan untuk orang zalim, maka dia sessungguhnya menyukai untuk menderhakai Allah. (Al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman)
Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

Surau Disimbah Cat Dan Botol Arak

Mengenai isu surau yang disimbah cat dan botol arak di Taman Pulai Impian baru baru ini, memberi implikasi yang buruk kepada negara ini yang majoritinya adalah penganut agama Islam. Apa yang menyebabkan mereka ini bertindak demikian? Apakah kebencian mereka terhadap Islam? Walau apa pun alasan mereka dengan tindakan sedemikian, budaya Islam tidak membenarkan kita melakukan perkara tersebut hatta membakar gereja dan memusnahkan kuil-kuil sekalipun. Islam melarang kita melakukan sedemikian. Baca mengenainya kisah Keadilan Umar Al-Khattab terhadap rumah ibadah agama lain. Laporan mengenai isu ini:-

  1. Keluarga 4 remaja simbah surau cat mohon maaf
  2. Jangan terpengaruh provokasi sentimen agama

Isu ini cukup membuktikan bahawa orang yang melakukan itu tidak tahu dan faham mengenai Islam. Sudah tentu kerana mereka adalah golongan orang bukan Islam. Yang sedihnya orang islam sendiri tak mengerti atau faham tentang Islam. Nauzubillah...

Kesimpulan

Apa pun tafsiran pembaca mengenai dua isu ini, sesungguh sekiranya umat Islam di negara ini faham akan ajaran agama Islam itu sendiri pasti tidak akan berlaku kejadian seumpama ini. Isu pertama mungkin boleh dijadikan pengajaran. Sekiranya kita tidak tahu akan hal-hal agama, maka lebih baik kita diam sahaja kerana ia akan menampakkan lagi kedangkalan kita dalam ilmu. Lebih baik bertanya kepada yang lebih mengetahui tentang sesuatu perkara terlebih dahulu supaya kita lebih memahami dan jelas.

Teringat satu perkara di fb saya. Perbualan berlaku diantara saya dengan beberapa hamba Allah bukan pada masa yang sama melibatkan beberapa isu di negara ini. Perkara yang selalu dipersoalkan ialah apabila niat untuk perjuangkan Islam tetapi hanya sesuatu kaum sahaja bukan keseluruhannya. Apabila ditanya kenapa bersikap demikian? Mereka tidak menjawab ataupun memberi jawapan tidak mengikut kehendak soalan. Kalau adapun jawapan pastinya jawapan yang mengikut emosi dan nafsu semata-mata. Tiada yang lain daripada itu.

Berdakwah bukan semestinya melalui peperangan sahaja tetapi dengan nasihat dan kata-kata juga merupakan dakwah yang dituntut oleh Islam. Melalui tulisan juga merupakan dakwah. Setiap umat Islam terletak kewajipan itu sendiri dibahu masing-masing. Sebelum berdakwah biarlah kita berilmu dahulu. Terpulang kepada diri anda sendiri. Allahu Akbar!!!

Tags:     Khutbah Jumaat      Botol Arak      Surau Disimbah Cat Botol Arak      usatz zaharuddin      solat      gereja      IRA      iman      anak      ilmu      rap      riwayat      nafsu      tuan      hidup      Politik      dakwah      orang Islam      hadis      islam      bangkit      manusia      kristian      pangkat      baik      Hukum      DAP      an nas      ALLAH      umat ISLAM      doa      al-Quran      zaharuddin abd rahman      fitnah      Agama      Ustaz Zaharuddin      zalim      umar al-khattab      kebaikan      agama islam      al-Quran dan al-Hadis      ISA      orang zalim      agama Kristian      Keadilan      PAS      derhaka      jin      Quran      maaf      ibadah      Fitna      fb      orang bukan islam      bn      Ustaz Zaharuddin Abd Rahman      Cina      aman      sedih      athar      rumah      Allah s.w.t      harta      hati      ima      ikan      sua
Latest Articles

Add comment

1. Sebarang penggunaan kata-kata kesat adalah dilarang sama sekali.
2. Sebarang promosi iklan tidak dibenarkan melalui ruangan ini.
3. Sila beri komen atau pendapat dengan penuh berilmiah.


Security code
Refresh

Penafian: Pihak YOP tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini. Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8.0 atau Mozilla Firefox 3.0 atau Safari dengan resolusi 1024 x 768

Page Rank Check Increase your website traffic with Attracta.com