Utama Berita Politik
Istilah ‘Akidah UMNO’ Print
Written by Blog Tok Guru   

Salah satu daripada pecahan amal mulia di bulan Ramadhan adalah beri’tikaf dan bertafakur.  Ketika  melakukan pelbagai muhasabah, maka saya ada terpandang satu ayat yang sedikit mencurigakan.  Ia berbunyi begini:

Perdana Menteri berkata, “kita tidak akan membiarkan Umno dipermainkan dan akidah parti itu dipersoalkan mana-mana pihak.  Jangan persoalkan akidah kita (Umno)”   (Berita Harian 8 September 2009).

Melihatkan kenyataan ini, hati saya tertanya-tanya sama ada bolehkah manusia  atau parti politik membuat akidah?  PAS tidak pernah mencipta akidah.  Islam ini bukan pandai-pandai PAS.   Ia agama yang diturunkan kepada Nabi-Nabi oleh Allah Azzawajalla.   Bermula dari  Nuh a.s., Ibrahim a.s., Musa a.s., Isa a.s. dan Junjungan Besar kita Nabi Muhammad S.A.W.   Apa yang PAS lakukan ialah meniru bulat-bulat  keputusan yang telah dibuat oleh Allah S.W.T.  melalui kalimat syahadah dan tauhid Allah dalam segala segi.   Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

Katakan:  Dialah Allah, Yang Maha Esa Allah adalah Tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkanDan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia.
(Surah Al Ikhlash:  Ayat 1 hingga 4).

Dizaman dahulu, orang merujuk akidah itu sebagai i’tikad.  Ia berasal dari perkataan aqoda dan bermakna ikatan.  Akad nikah adalah ikatan antara A +  B.  Begitu juga dengan akad jual beli.

Read more...
 
Surat Debat Tok Guru Kepada PM Print
Written by Blog Tok Guru   

(S)16/7/(21)                                                                                                                                                                9 Rejab 1430 / 2 Julai 2009

Yang Amat Berhormat
Datuk Seri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia
Jabatan Perdana Menteri
Bangunan Perdana Putra
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA

Assalamualaikum WM WB.

Semoga YAB. Dato’ Seri sentiasa berada di dalam kesejahteraan dan beroleh petunjuk yang berpanjangan dari Allah SWT dalam memimpin Negara.

YAB Dato Seri,

Cadangan Mengadakan Debat Ilmiah Isu UMNO Parti Menolak Islam

Dengan segala hormatnya, di maklumkan bahawa saya ada menerima khabar tentang laporan polis yang dibuat oleh anak buah di Kelantan Dato’ Seri berhubung dengan perkara di atas. Pada dasarnya, saya lebih banyak berlapang dada.

Mengikut laporan, kononnya saya telah menghasut dengan mengatakan bahawa UMNO sebuah parti yang sesat.  Di sini, izinkan saya tegaskan sekali lagi bahawa “mana-mana faham yang menolak Islam (termasuk UMNO) – sememangnya kita panggil ajaran sesat”. (lihat Utusan Malaysia muka surat 6, 27 Jun 2009).

Read more...