Utama Konspirasi
Identiti Dajjal dan Konspirasinya Print
Written by Ibnuyaacob   

Bahagian ini akan membentangkan teori-teori dan penyelidikan berkenaan identiti, personaliti, corak pemikiran dan konspirasinya. Teori dan kajian yang dijalankan akan merangkumi pelbagai sumber ilmu sama ada dalam atau luar negara.

Namun begitu, setiap kajian diharap akan menjurus kepada membenarkan akan fakta-fakta yang terdapat di dalam Al-Quran dan Hadith.

  1. Bukti Dajjal sukar dikenali
  2. Mencari Imam Mahdi
  3. Wajah Dajjal atau keturunan Dajjal
  4. Rupa fizikal Dajjal bila ia muncul
  5. Rahsia misi Dajjal di Timur Tengah
  6. Adakah Dajjal penghidap sindrom Hunter?
  7. Asal usul keturunan Dajjal
  8. Bukti Dajjal adalah manusia (Bhg 1)
  9. Bukti Dajjal adalah manusia (Bhg 2)
  10. Bukti Dajjal adalah manusia (Bhg 3)
  11. Tanda KAFIR pada Dajjal sudah muncul?
  12. Jangan berfikiran kolot tentang Dajjal
  13. Penafian pendapat bahawa Sai Baba adalah Dajjal
  14. Teori penguasaan hujan oleh Dajjal
 
Bukti Dajjal Sukar Dikenali Print
Written by Ibnuyaacob   

Sesungguhnya seperti yang telah kami maklumkan sebelum ini dalam beberapa artikel, Dajjal itu memang susah untuk dikenali. Manusia hanya boleh mengenali Dajjal apabila seseorang itu meneliti dan mengkaji secara menyeluruh fakta-fakta dalam al-Quran, hadith, sirah dan lain-lain.

Kami memperoleh penegasan tentang penyataan bahawa Dajjal itu sukar dikenali adalah berdasarkan kajian dalam hadith di bawah:

Sabda Rasulullah SAW;

“Barangsiapa yang mendengar nama Dajjal hendaklah ia berpaling darinya kerana demi Allah, sesungguhnya apabila ia menemuinya dan dia menganggap bahawa dirinya adalah seorang mukmin maka ia akan mengikutinya (Dajjal tersebut) dengan segala syubhat (kebatilan) yang dia bawa.”

Hadis sahih riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan Hakim dari Imran bin Hussain dan disahihkan oleh Syeikh Al-Albani dalam kitabnya Al-Misykat, hadith no:5488.

Hadith di atas tidak menggunakan langsung kalimah tersirat untuk menunjukkan bahawa Dajjal itu sukar dikenali. Cukup bagi kita mengambil kalimah berikut sebagai menegaskan teori kita.

Perhatikan kalimah “dia menganggap bahawa dirinya adalah seorang mukmin…”

Read more...
 
Cara Dajjal Mencari Imam Mahdi Print
Written by Ibnuyaacob   

Artikel kali ini akan menghujahkan gabungan maklumat-maklumat berikut :

  1. Teori kaedah pilihan Dajjal
  2. Pencarian Imam Mahdi
  3. Sistem pengecaman wajah berkomputer
  4. Programming Language, Operating System dan Windows
  5. Peranan manusia dan jin

Pengenalan

Artikel sebelum ini saya ada menerangkan bagaimana Dajjal mencari anak-anak kecil yang dikira bakal Imam Mahdi. Pada artikel tersebut ia hanya menerangkan satu kaedah sahaja iaitu ‘menghapuskan bakal-bakal Imam Mahdi’

Kali ini kita lihat pula kepada satu kaedah lain yang mungkin digunakan Dajjal (melalui agen-agennya) untuk mencari dan menghapuskan Imam Mahdi.

* Kaedah pencarian ini sekadar teori untuk mengesan cara Dajjal mencari Imam Mahdi.

Cara tersebut ialah penggunaan Face Recognition Technology (Teknologi Pengenalan Wajah).

Dajjal menggunakan teknologi yang telah dikembangkan ini untuk mencari Imam Mahdi. Teknologi ini mula-mulanya digunakan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat tetapi ianya dikembangkan menjadi sesuatu yang komersial.

Melalui beberapa ciri pada wajah kita, sistem ini boleh mengesahkan siapakah orang itu. Sistem akan mengimbas wajah dan menyimpannya di dalam database. Kemudian database akan melakukan kerja konfugurasi penyesuaian dengan data-data sedia ada. Dalam beberapa saat sahaja komputer akan memaparkan identiti lengkap orang tersebut.

Read more...
 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 Next > End >>

Page 1 of 9