Video Yang Merosakkan Akidah

Dim lights Download Embed Embed this video on your site

Saya terpanggil untuk mengulas satu video yang memaparkan sketsa perbualan masyarakat setempat. Agak kecewa juga bila melihat video yang seumpama ini. Disebabkan ramai pelakunya adalah dikalangan umat Islam. Di tambah pula seorang lelaki berbangsa Singh. Untuk memudahkan pemahaman tentang video yang sebutkan ini, telah pun saya selitkan sekali bersama dengan artikel ini. Ok, kita bahagikan karektor-karektor berdasarkan warna baju dan jantina. Ada lima watak yang dipaparkan di dalam video ini.

Pertama, watak seorang lelaki yang berbaju merah. Disusuli dengan tiga watak wanita yang diwakili baju warna hitam, biru dan berbaju kurung. Kemudian ditambah pula dengan seorang watak lelaki berbangsa Singh. Sketsa ini berlaku atas isu seorang artis yang dikatakan memberi ceramah agama tanpa tauliah. Sebenarnya kisah ini ramai juga yang sedia maklum siapakah gerangan artis tersebut. Jadi, saya tidak perlu menyebut secara terperinci di sini. Saya rasa cukup dengan menonton video di atas dan anda akan tahu siapakah artis yang disebutkan dalam video ini.

Kisahnya bermula apabila keluarnya satu berita di suratkhabar yang mengatakan seorang artis ini berceramah di merata-rata tempat tanpa ada sebarang tauliah dalam hal-hal agama. Waran tangkap telah pun dikeluarkan bagi menahan artis ini daripada terus berceramah. Itu isu dia.

Lelaki berbaju merah telah 'highlight' kan isu ini yang mengatakan artis itu telah pun ditangkap. Maka, kelima-lima watak tersebut mempunyai pandangan dan pendapat masing-masing. Kita mulakan dengan wanita yang berbaju kurung.

Wanita Berbaju Kurung:".....artis ni glamour tapi hidup bergelumang dengan dosa dan maksiat" dan; "...yang artis ni makan pakai hasil duit titik haram tau".

Benarkah dakwaan artis tersebut? Kehidupan artis ini banyak bergelumang dengan dosa? Saya yakin dan pastinya ramai yang bersetuju bahawa memang benar seperti dakwaan artis tersebut. Di saat anda membaca artikel ini, anda boleh lari sekejap dan tonton televisyen pada saat dan ketika ini. Apakah drama atau filem yang ditayangkan selari dengan hukum syara'? Ataupun sebaliknya. Berapakah kesan positif yang boleh anda kutip daripada watak-watak yang dilakonkan dalam drama atau filem tersebut? Berapa pula yang negatifnya? Persoalan ini pastinya anda boleh menjawab dengan mudah.

Saya sediakan pautan mengenai dakwaan itu. Pandangan daripada sesetengan ulama':


Sedangkan pelakon di dalam video tersebut banyak melakukan kesalahan-kesalahan agama yang anda sendiri boleh saksikan sendiri. Bagamanakah 'cakap-cakap' mereka boleh diterima? Saya yakin beginilah kehidupan harian sesetengah masyarakat yang kurang arif mengenai agama. Hemtam keromo sahaja. Berkata-kata mengikut sedap mulut. Alangkah kasihannya saya melihat mereka ini yang begitu mudah melafazkan kata-kata tanpa membuat justifikasi daripada kata-kata mereka terlebih dahulu.

Tapi beginilah situasi keadaan masyarakat kita pada hari ini. Hampir tiada fahaman tentang agama. Kosong. Cuba anda bayangkan suasana yang akan datang tanpa sebarang pengetahuan sedikit pun tentang agama? Apakah yang akan berlaku pada masyarakat? Maka tidak hairanlah saya kalau saya mengatakan pemikiran masyarakat akan sonsang sehingga wujudnya kumpulan-kumpulan seperti LGBT(Lesbian Gay Bisexual Transexual).

Ditambah pula dengan isu terbaru mengenai seorang pemuda Melayu yang telah berkahwin dengan seorang lelaki di Dublin kalau tidak silap saya. Memburukkan lagi keadaan tentang kepincangan masyarakat kita pada hari ini. Apakah yang sebenarnya terjadi di dalam negara kita?

Lelaki Berbaju Merah:"...dulu bila dia jahat bila dia liar pasal apa orang tak tangkap dia dan sekarang bila dia dah baik....orang nak tangkap dia pulak."

Seingat dulu semasa Faizal Tahir ditangkap kerana membuka baju sewaktu konsert berlangsung, memberi gambaran bahawa masalah-masalah seperti ini hanya hangat-hangat tahi ayam sahaja. Kenapa saya berkata demikian? Saya pembaca boleh jangka apa yang akan saya perkatakan nanti.

Ramai artis bukan sahaja bermasalah dari segi pakaian malah masalah sosial, moral dan akhlak juga. Tapi, tiada penangkapan dibuat. Adakah kesalahan Faizal Tahir itu hanya sebagai satu kesalahan yang sepatutnya ditangkap? Atau sebaliknya? Bagaimanakah dengan artis-artis wanita yang pakaiannya tidak senonoh dan malah lebih teruk lagi sehinggakan berpakaian ala-ala hollywood. Kenapa tidak ditangkap? Jangan lah kita bias sangat akan sesuatu perkara. Sepatutnya hukuman yang dikenakan ke atas Faizal Tahir juga dikenakan kepada semua artis yang berpakaian tidak senonoh dan melampaui batas. Tidak kira lelaki ataupun perempuan. Anda setuju?

Saya teramatlah dukacita bahawa hukuman yang dikenakan hanya ke atas satu pihak sahaja. Saya keliru.

Berbalik kepada situasi 'sembang rakyat' di atas. Saya rasa ada benarnya kata artis berkenaan hal kenapa semasa dia liar dengan dosa dan maksiat tetapi JAKIM tidak tahan dan menangkap beliau. Soalan ini sepatutnya dijawab oleh pihak berkuasa JAKIM. Bukan saya.

Dijawab pula oleh;

Wanita Berbaju Kurung:"...baik ape kebendanya macam tu mengutuk kawan-kawan sendiri(kawan-kawan artis tersebut). Sebelum ni pun dia tu bukannya baik sangat pun."

Ingin saya pesan di sini kepada diri sendiri dan para pembaca, pesan ulama' supaya jangan diungkit kisah lama tentang sejarah silam yang buruk tentang seseorang itu jika dia telah pun berubah ke jalan yang benar. Perubahan manusia dari alam kejahatan kepada kebaikan haruslah disambut dengan rasa syukur dan berfikiran positif. Bukan dengan dengki khianat dan berfikiran negatif.

Adakah dinamakan kutukan sekiranya artis berkenaan memberi contoh akan kebanyakan artis telah jauh bergelumang dosa dan maksiat? Adakah itu dikatakan mengutuk kawan-kawan sendiri?

Dan sekiranya manusia itu memberi contoh akan kehidupan silamnya dan kawan-kawan adalah disebabkan untuk memberi pengajaran dan tauladan kepada orang ramai. Supaya masyarakat kembali sedar bahawa dunia artis ini penuh dengan perkara-perkara dosa. Adakah dalam perkara sebegini tidak dibenarkan atau salah disisi agama? Wahai manusia fahamilah...

Wanita Berbaju Hitam:"...ramai aku kenal orang seni ni, ok jer berumahtangga sembahyang tak tinggal...boleh jer hidup normal."

Wanita Berbaju Kurung:"Jahat atau baik seseorang tu bukan terletak kepada bidang kerja dia tau."

Benarkah dakwaan wanita-wanita ini? Saya bersangka baik mungkin orang seni yang dia kenal adalah saudara Nazrey Johani iaitu bekas vokalis kumpulan Raihan. Ya, saya percaya bahawa artis sebegini insha Allah berhati mulia. Bagaimana dengan artis lainnya? Tidak perlu saya huraikan begitu panjang.

Adakah kebaikan dan kejahatan seseorang itu tidak boleh diukur dengan bidang kerjanya? Sekiranya seorang wanita itu bekerja sebagai 'pelacur' atau lebih dikenali sebagai GRO, adakah kita tidak boleh mengkategorikannya sebagai satu pekerjaan yang jahat..? Saya pelik penjelasan Wanita Berbaju Kurung tersebut. Apa yang cuba dia sampaikan? Hendak mengelirukan orang ramai dengan penjelasan yang naif?

Kemudian Wanita Berbaju Kurung itu menyambung 'celotehnya' sehinggalah terpacul dari mulutnya tohmahan dan fitnah yang melampaui batas. Cerita mengenai Ustaz berzina dengan isteri orang di dalam gerabak keretapi, ahli politik yang berzina sehingga ke negeri China dan tuduhan yang mengatakan gelaran Ustaz pada sesetengah orang adalah antara manusia yang tidak berguna kerana terlibat dengan maksiat. YA, betul sekiranya benar ada di antara tokoh agama terlibat dengan maksiat, maka gelaran Ustaz tidak boleh digunakan. Tetapi bukan dengan memftnah atau hanya tuduhan sahaja. Biar dengan bukti.

Tidak cukup dengan itu dihina pula pakaian serban yang dipakai oleh artis berkenaan. Adakah wanita ini tidak mengetahui bahawa serban itu juga dipakai oleh nabi?

Di akhir video itu, semua pelaku di dalam 'sembang rakyat' tersebut bersetuju bahawa artis itu perlu ditangkap dan disumbatkan ke dalam penjara. Anda boleh menonton video diatas untuk mendengar sembang-sembang mereka itu.

Khatimah

Sebenarnya banyak lagi video yang seumpama itu dan anda sendiri boleh menonton 'sembang-sembang' rakyat tersebut di dalam youtube di bawah tajuk Lagi Hudud Pas, Musim Hudud, Harakah Vs Utusan dan banyak lagi video yang secara seriusnya saya berkata boleh merosakkan akidah dan fikiran masyarakat. Percaya atau tidak video-video tersebut telah banyak mendapat tanggapan negatif oleh masyarakat. Berapa ramai yang 'dislikes' di youtube, anda sendiri boleh saksikan. Alhamdulillah kerana ramai yang telah celik dan benci akan video-video yang tidak berkualiti seperti itu. Maka, nasihat saya bagi pembuat video-video berkenaan, kembalilah ke pangkal jalan kerana jalan yang anda pilih adalah jalan hitam dan hanya mendapat murka daripada Allah SWT sahaja.

Wassalam...

Tags:     alahai bob      hudud pas      artis      lgbt      sembang rakyat      Nazrey Johani      youtube      IRA      iman      perempuan      pemikiran      anak      ayu      pesan      rap      hidup      Politik      Zina      tidak senonoh      arak      duit      kesan      sedia      islam      manusia      fikir      ulama      Melayu      maksiat      Pengenalan      Lesbian      baik      Hukum      DAP      ALLAH      Kerjaya      umat ISLAM      bangsa      dunia      Ceramah agama      Wanita      sembahyang      jahat      fitnah      Agama      JAKIM      positif      kejahatan      rosak      kebaikan      Wahai Muda-Mudi      berzina      ISA      pemuda      ceramah      haram      Bertudung      Gay      kahwin      Fitna      fb      Artis Bukanlah Idola dan Ikutanmu      aman      GRO      dengki      rumah      isteri      lima      ego      hati      ima      usa      ulama\'      dosa
Latest Articles

Add comment

1. Sebarang penggunaan kata-kata kesat adalah dilarang sama sekali.
2. Sebarang promosi iklan tidak dibenarkan melalui ruangan ini.
3. Sila beri komen atau pendapat dengan penuh berilmiah.


Security code
Refresh

Undi

Siapakah yang tokoh yang anda paling hormati?

Suka YOP?

mrarun10's avatar
Mohd Azhar Sulaiman mrarun10
  • bio:
    Thinking about business
  • location:
    Malaysia
  • updates:
    111
  • followers:
    46
  • following:
    37
Loading...

Last 4 tweets from mrarun10:

People talking about '@mrarun10':

Penafian: Pihak YOP tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini. Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8.0 atau Mozilla Firefox 3.0 atau Safari dengan resolusi 1024 x 768

Page Rank Check Increase your website traffic with Attracta.com