- feed:
- follow:
- bio:Thinking about business
- location:Malaysia
- updates:111
- followers:46
- following:37

MAQ V 3.0 yang akan dianjurkan buat kali ketiga-tiga berturut-turut ini mempunyai keunikan yang tersendiri. Memandangkan Akademi Infitah dengan perkhidmatan ‘Quranic Home Based’ & ‘Academic Home Tuition’ telah berkembang ke Lembah Klang dengan sambutan yang menggalakkan, kami menerima respon yang positif dari ibu bapa yang inginkan program yang panjang dengan modul yang ‘segar’. Hasil inisiatif tersebut, pelbagai persediaan terutama dari segi bahan, modul serta lokasi untuk tahun ketiga ini telah dijalankan dengan lebih awal.
‘Trainer’ yang dijemput bagi mengisi ‘Slot Santai’ juga mempunyai pelbagai latarbelakang dan pengalaman dalam bidang motivasi, penulisan, kaunseling dan media seperti Imam Muda Asyraf (www.imamudasyraf.com), Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (www.saifulislam.com), Tuan Fazrul Ismail (www.casicgallery.com) & Tuan Zuhairi Mohd Nopiah (www.zuhairinopiah.com). Namun, slot utama iaitu ‘Talaqqi Al-Quran’ dan ‘Hafazan serta Terjemahan Surah-surah Pilihan’ tidak dilupakan dan telah dikemaskini baik dari segi bahan mahupun penyampaian. MAQ V 3.0 turut di'seri'kan lagi dengan aktiviti yang menguji fizikal & mental melalui 'Bestnya Explorace!', Permainan Berkonsep, 'Self Defence Clinic' & 'Jom Berhibur!'. Dengan dibantu oleh fasilitator yang terdiri daripada tutor Akademi Infitah, guru, ustaz, ustazah, graduan dan pelajar IPT yang mempunyai pengalaman akan dapat menjadikan MAQ ini lebih lancar dan memberi kesan yang positif untuk jangkamasa panjang. Semoga usaha yang kecil ini dapat memberi nilai yang besar kepada ibu bapa serta para remaja dalam meninggikan Al-Quran untuk diamalkan dalam segenap aspek kehidupan kita. Amin.
"All in Al-Quran"
2. Sebarang promosi iklan tidak dibenarkan melalui ruangan ini.
3. Sila beri komen atau pendapat dengan penuh berilmiah.