Laman web ini menghadapi masalah untuk dipaparkan menggunakan browser Internet Explorer 7. Sila gunakan Mozilla Firefox atau upgrade Internet Explorer 8. Terima Kasih.[Admin]

Change Font Size

Change Screens

Change Menu Styles

Cpanel

Berita Nasional

Editor diarah elakkan perkataan 'barang naik'

E-mail Print PDF

Dalam usaha mengelakkan kecaman rakyat terhadap pengumuman kenaikan 5-dalam-1 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam, semua media yang dikawal kerajaan diingatkan supaya tidak menggunakan perkatan 'barang naik' dalam laporan mereka.Ketika taklimat di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, petang semalam, pengarang berkali-kali diingatkan agar perkataan "barang naik" itu perlu dielakkan.Sebaliknya, mereka diberitahu supaya menggunakan “pelarasan harga” atau “rasionalisasi subsidi”.Taklimat berkenaan dikendalikan oleh penasihat media perdana menteri dan editor berkenaan memberitahu Malaysiakini ia dijalankan dalam suasana yang mesra.

"Mereka secara hormat memohon kita supaya bekerjasama tetapi permintaan seperti itu sukar jika tidak dilayan,” kata seorang daripada editor itu.

Media juga digalakkan oleh penasihat berkenaan supaya menjelaskan “rasional pengurangan subsidi" dalam laporan berita mereka dan juga menekankan bahawa harga gula dan bahanapi di Malaysia masih yang terendah di rantau ini.

Jangan buat tinjauan rambang

Mereka juga diingatkan supaya tidak membuat tinjauan rambang di kalangan rakyat berhubung kenaikkan harga itu dan beberapa media 'diminta' mendapatkan pandangan daripada NGO dan persatuan pengguna yang mesra dengan kerajaan. Yang menarik, penasihat media perdana menteri juga mengarahkan akhbar supaya tidak menganggap pengurangan subsidi itu sebagai “penjimatan kerajaan” dalam laporan mereka.

"Menurut pegawai berkenaan, perkataan seumpama itu akan menimbulkan tanda tanya di kalangan rakyat - ke mana penjimatan dibelanjakan. Tumpuan adalah memberikan penekanan kepada pengurangan perbelanjaan dan bukannya penjimatan,” kata sumber itu. Pada 2005, pentadbiran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendakwa pengurangan subsidi untuk air, tenaga dan bahanapi membantu kerajaan berjimat RM4.6 bilion.

Abdullah berjanji “penjimatan” akan dibelanjakan bagi memperbaiki pengangkutan awam tetapi pengkritik mendakwa tiada bukti wang berkenaan dibelanjakan untuk tujuan tersebut.


Add a comment
Last Updated on Friday, 30 July 2010 07:26 Read more...

Harga Petrol Ikut Pasaran 2010

E-mail Print PDF

Kosmo, 28 Oct 2009; KUALA LUMPUR - Harga petrol di pam kemungkinan akan berasaskan harga pasaran atau tanpa subsidi apabila sistem pengurusan subsidi petrol  dilaksanakan pada tahun hadapan.

Menurut Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah berkata, melalui kaedah itu pemberian subsidi mungkin akan lebih tersasar kepada kumpulan yang layak bagi menikmati harga petrol bersubsidi.

"Harga petrol mungkin akan ditetapkan pada kadar pasaran tetapi individu yang disasarkan akan dapat subsidi. Harga petrol tidak ada subsidi, kecuali kepada golongan sasaran.

"Sistem pengurusan itu sedang dibina dan akan dimulakan dengan petrol. Ia akan dilaksanakan antara suku pertama dan kedua tahun depan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Percukaian Kebangsaan 2009 di sini semalam.

Kumpulan sasar itu kelak mungkin melibatkan golongan berpendapatan rendah atau berada pada paras gaji tertentu. Menurut beliau, Mykad juga mungkin menjadi salah satu mekanisme bagi pemberian subsidi.

Pada pembentangan Bajet 2010 Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sistem pengurusan subsidi akan dilaksanakan pada awal 2010  menggunakan MyKad dan infrastruktur sedia ada.


Add a comment
Last Updated on Friday, 30 July 2010 07:28
You are here Berita Nasional