Laman web ini menghadapi masalah untuk dipaparkan menggunakan browser Internet Explorer 7. Sila gunakan Mozilla Firefox atau upgrade Internet Explorer 8. Terima Kasih.[Admin]

Change Font Size

Change Screens

Change Menu Styles

Cpanel

Berita MLM

Isu Shariah Dalam Perniagaan MLM (Bhgn 2)

E-mail Print PDF

Apa Maksud Sebenar Dua Aqad Dalam Satu ?

Shafqatain di Safqah dan lafaz yang seertinya denganya memang tidak dinafikan mempunyai banyak takrif dan tafsiran menurut kefahaman ulama yang berbeza. Manakala sesiapa yang hanya mendedahkan hanya beberapa kerat dari pandangan tersebut dan kemudian terus memegangnya. Tapi perlu diingat disana terdapat pelabagi tafsiran yang lain pula, dan saya memegang tafsiran yang lain. Maka itu tidak bererti tafsiran pegangan saya adalah salah, dan tafsiran pegangan anda mesti betul. Jika demikian perangainya, maka ini jelas tidak faham konsep ikhtilaf dalam nas.

Sebagai hadiah untuk awam dan pembaca yang mampu faham ini beberapa tafsiran tentang hadith dua aqad dalam satu mengikut beberapa kumpulan ulama silam dan kaitannya dengan MLM:-

  • 1) iaitu contoh berkata penjual kepada pembeli : " Aku jual kepadamu baju ini dengan harga RM 10 tunai , atau RM 20 secara tangguh" , maka si pembeli bersetuju TANPA mengspecifickan plan tangguh atau tunai yang dikehendakinya. Ini bentuk yang ditafsirkan oleh Imam Malik, Abu Hanifah, At-Thawri, Ishak Rahawaih, Imam As-Syafie ( Syarh as-Sunah, Al-Baghawi, 8/142 ; ‘Aridathul Ahwazi, 5/240 ; Al-Mughni, Ibn Quddamah, 6/333; Al-Mudawwanah, 9/191 ).

Tiada khilaf di kalangan ahli ilmu, jenis ini adalah HARAM. Bagaimanapun tafsiran ini tidak berapa berkaitan dengan MLM, kerana biasnaya plan harga akan dipilih dengan tepat.

  • 2) Iaitu contohnya pembeli : "jualkan kepadaku barangan ini dengan harga RM 10 tunai atau dengan sebuah radio pada tarikh akan datang", kemudian kedua-dua bersetuju tanpa memberikan yang mana satu mereka inginkan. Ini adalah tafsiran Imam Malik pula ( ‘Aridathul Ahwazi, 5/240 ) . Ini juga tiada kaitan dengan MLM.
  • 3) Iaitu contohnya berkata seorang lelaki : "Aku jual kebunku ini dengan harga RM 10,000 dengan syarat kamu jualkan rumah kamu pula dengan harga RM 15,000" . Inilah juga tafsiran ulama mazhab Hanafi, Hanbali dan Syafie. ( Al-Mughni , 6/332 ; Al-Um, 3/67 ; ‘Aridatul Ahwazi, 5/239 )

Inilah tafsiran yang saya lihat ada kaitannya dengan kebanyakkan MLM. Iaitu berkata syarikat MLM kepada seorang ahli baru sebagai contoh : "aku jual barang water filter ini dengan harga RM 2000 dengan syarat engkau jadi wakil jualanku dengan komisyen sebanyak 3 % dari harga jualanmu dan aku beri mandate kamu untuk jadi lantik ahli baru dan setiap jualannya kamu akan dapat 1 % dengan syarat kamu ada jualan sendiri sebanyak RM 1000 setiap bulan"


Add a comment
Last Updated on Friday, 30 July 2010 08:40 Read more...

Isu Shariah Dalam Perniagaan MLM (Bhgn 1)

E-mail Print PDF

Jualan Pelbagai Peringkat atau lebih dikenali sebagai ‘Multi Level Marketing' atau MLM adalah amat popular di Malaysia. Dalam pada masa yang sama, sistem yang sama juga digunakan oleh industri penjualan Saham Amanah Islam dan beberapa produk Takaful. Statistik tahun 2003 menunjukkan industri MLM Malaysia mencatatkan jualan RM 4 bilion dan lebih dari 3 juta orang Malaysia terlibat dalam urusniaga MLM.

Akibat dari kebanjiran produk dan syarikat yang menggunakan sistem ini dalam mempromosi dan penjualan produk mereka. MLM kini boleh dianggap sebagai sebuah sistem pemasaran yang diterima ramai. Bagaimanapun, amat jarang dijumpai ilmuan Shariah samada dalam atau luar negara yang ingin atau berminat untuk menghuraikan sistem ini dari aspek Shariah dengan terperinci dan konkrit. Ini mungkin disebabkan kerumitan atau kurangnya minat ilmuan Shariah untuk mendalami proses sistem ini.

Para ‘Ustaz' dan Multi Level Marketing

Saya juga tidak dapat lari dari dibanjiri soalan demi soalan berkenaan hal ini. Pada awalnya, saya cuba untuk mengelak disebabkan terlampau banyak bentuk dan jenis MLM ini hingga menyukarkan sesiapa juga untuk memandu dan menerangkan hukumnya secara jelas. Di tambah pula mengenagkan pengikut dan pengamalnya yang terlalu ramai dan kebanyakkannya pula kelihatan ‘taksub' dan amat yakin akan halalnya kaedah MLM ini.

Tidak kurang juga terdapat para graduan Shariah atau pengajian Islam yang digelar ‘Ustaz' dan Ustazah' yang juga kuat berkempen produk-produk syarikat dengan skim MLM. Lebih hangat dan meriah lagi, kumpulan ini kerap mendakwa ianya halal lalu diselitkan dengan pelbagai dalil Al-Quran dan Hadith yang menggalakkan umat Islam berniaga, kuat ekonomi dan lain-lain. Hakikatnya, dalil-dalil ini bukanlah khusus untuk menyokong MLM dan perniagaan piramid mereka.

Ikhlas saya ingin nyatakan di sini, agak ramai juga orang ramai yang terpengaruh dengan kempenan dari kumpulan ilmuan agama seperti ini, menyebabkan orang ramai menyertainya tanpa berfikir lagi berkenaan halal atau haramnya sesuatu produk itu kerana ia telah diiktiraf oleh seorang ‘ustaz'. Justeru, saya ingin menasihatkan semua rakan-rakan lulusan Shariah dan Pengajian Islam agar lebih berhati-hati memberikan sebarang hukum dan merujuk dengan lebih mendalam sebelum berkempen dan mendakwa halalnya sesuatu produk hanya semata-mata kerana ia mendapat keuntungan besar di dalamnya. Ini kerana agak ramai juga saya dapati orang ramai yang berkiblatkan ustaz tertentu dalam kempen MLM mereka. Berkatalah Al-Laith bin Sa'ad : « Seandainya orang-orang yang memiliki pemahaman halal dan haram meneliti masalah ini, pastilah mereka tidak akan membolehkannya kerana terdapat di dalamnya unsur perjudian » ( Riwayat Al-Bukhari, no 2346 ). Sayyidina Umar al-Khattab r.a telah mengingatkan:

لا يبع في سوقنا إلا من قد تفقه في الدي

Ertinya : "Jangan seseorang kamu berjual beli di pasar kami, kecuali ia telah mendalami ilmu (hukum) agama tentangnya" ( Riwayat Tirmidzi, no 487, hlm 129 ; Albani : Hasan)

Bagi membantu masyarakat yang semakin ‘hangus' dalam industri ini, saya merasakan adalah elok untuk saya berkongsi panduan umum Shariah dalam hal penggunaan MLM ini. Bagaimanapun, saya tidaklah mampu untuk menujukan tulisan ringkas ini kepada mana-mana jenama MLM yang wujud di Malaysia mahupun luar negara. Tulisan ini hanya memberikan sedikit gambaran dan garis panduan yang diletakkan oleh undang-undang Islam dalam hal MLM ini.


Add a comment
Last Updated on Friday, 30 July 2010 12:26 Read more...

Lamp berger atau Friendsclub?

E-mail Print PDF

lamp berger

Di sini ada berita yang mungkin baik atau buruk bagi peminat-peminat bisnes MLM atau pengkritik bisnes MLM. Mungkin saudara-saudara di luar sana pernah dengar tentang Lamp berger. Sebuah syarikat jualan langsung yang mengeluarkan produk-produk wangian dan kecantikan. Sekarang ni agen-agen MLM syarikat ini tidak lagi menggunakan perkataan "Lamp berger" itu sebagai modus operandi mereka bagi menarik orang ramai untuk masuk menjadi agen Lamp berger. Mereka telah menukar taktik mereka dengan menggunakan perkataan "Friendsclub" pula. Seolah-olah nampak seperti syarikat baru dalam dunia MLM untuk mengaburi mangsa-mangsa mereka.

Kejadian ini disedari apabila seorang rakan saya ingin berjumpa berkaitan dengan bisnes dekat pejabat. Dari awal memang saya sudah agak  mesti ada yang tidak kena mesti ada kaitan dengan MLM. Macam biasa lah kalau mereka yang sudah biasa dengan perkataan seperti "Aku ada bisnes nak bgth ko, jom lepak minum" atau "Aku nak ajak ko jumpa kawan aku jap pasal bisnes preview kat satu tempat, ko dgr jer.." atau dengan kata lain menggunakan ayat-ayat manis untuk pancing supaya datang juga untuk dengar bisnes preview. Memang jangkaan saya tepat. Mereka ni memang agen-agen MLM tapi menggunakan nama "Friendsclub" aka Lamp berger.

Yang peliknya kenapa agen-agen ini tidak lagi menggunakan perkataan "Lamp berger" lagi tapi menggunakan perkataan "Friendsclub" pula. Siap boleh kata lagi daripada salah seorang agen yang saya jumpa tu mengatakan market masih baru sebab orang ramai masih belum pernah dengar lagi bisnes yang bernama "Friendsclub" ini. Nak tergelak pula bila dengar dari mulut agen ni. Sedangkan "Lamp berger" ni sudah lama dalam pasaran. Kalau orang yang mudah terpengaruh pasti akan terjerat. Perkataan baru tu hanya taktik untuk mengaburi orang ramai sahaja.

Bukannya hina MLM ni cuma kadang-kadang mereka (agen-agen MLM) akan cuba sedaya upaya menarik orang ramai untuk membuat loan peribadi dah tentu Bank Rakyat lah pilihan utama sekali. Menggalakkan orang ramai untuk membuat loan peribadi. Itu yang saya tidak berkenan sangat. Memang tidak dinafikan sekiranya orang yang baru masuk atau terjebak dalam bisnes "Lamp berger" ini akan diberi tempoh 6 bulan untuk percubaan. Sekiranya tidak berjaya, wang akan dikembalikan sebanyak 90% dari modal yang dilaburkan. Tapi sudah tentu  agen-agen yang lama akan sedaya upaya menghasut menahan orang yang ingin "blah" tu daripada berhenti. Sebaliknya meneruskan bisnes ni, sebabnya dah tentu lubuk rezeki agen-agen ini akan tertutup. Merana lah orang yang meminjam tadi. Loan tetap kena bayar.

Pesanannya dekat sini ialah, sekiranya anda berminat jangan lah hubungi saya. Kalau nak buat bisnes MLM ni, kena buat betul-betul. Jangan main-main. Kalau tidak berminat, biarkan je lah. Tidak perlu ambil tahu langsung tentang bisnes ni.

Sekian terima kasih

*P/S: Target agen-agen MLM Lamp berger ini adalah kakitangan kerajaan. Berhati-hati lah apabila anda didekati oleh mereka ini.


Add a comment
Last Updated on Friday, 30 July 2010 08:55

Page 2 of 3

You are here Berita MLM