Lamp berger atau Friendsclub?

Di sini ada berita yang mungkin baik atau buruk bagi peminat-peminat bisnes MLM atau pengkritik bisnes MLM. Mungkin saudara-saudara di luar sana pernah dengar tentang Lamp berger. Sebuah syarikat jualan langsung yang mengeluarkan produk-produk wangian dan kecantikan. Sekarang ni agen-agen MLM syarikat ini tidak lagi menggunakan perkataan "Lamp berger" itu sebagai modus operandi mereka bagi menarik orang ramai untuk masuk menjadi agen Lamp berger. Mereka telah menukar taktik mereka dengan menggunakan perkataan "Friendsclub" pula. Seolah-olah nampak seperti syarikat baru dalam dunia MLM untuk mengaburi mangsa-mangsa mereka.
Kejadian ini disedari apabila seorang rakan saya ingin berjumpa berkaitan dengan bisnes dekat pejabat. Dari awal memang saya sudah agak mesti ada yang tidak kena mesti ada kaitan dengan MLM. Macam biasa lah kalau mereka yang sudah biasa dengan perkataan seperti "Aku ada bisnes nak bgth ko, jom lepak minum" atau "Aku nak ajak ko jumpa kawan aku jap pasal bisnes preview kat satu tempat, ko dgr jer.." atau dengan kata lain menggunakan ayat-ayat manis untuk pancing supaya datang juga untuk dengar bisnes preview. Memang jangkaan saya tepat. Mereka ni memang agen-agen MLM tapi menggunakan nama "Friendsclub" aka Lamp berger.
Yang peliknya kenapa agen-agen ini tidak lagi menggunakan perkataan "Lamp berger" lagi tapi menggunakan perkataan "Friendsclub" pula. Siap boleh kata lagi daripada salah seorang agen yang saya jumpa tu mengatakan market masih baru sebab orang ramai masih belum pernah dengar lagi bisnes yang bernama "Friendsclub" ini. Nak tergelak pula bila dengar dari mulut agen ni. Sedangkan "Lamp berger" ni sudah lama dalam pasaran. Kalau orang yang mudah terpengaruh pasti akan terjerat. Perkataan baru tu hanya taktik untuk mengaburi orang ramai sahaja.
Bukannya hina MLM ni cuma kadang-kadang mereka (agen-agen MLM) akan cuba sedaya upaya menarik orang ramai untuk membuat loan peribadi dah tentu Bank Rakyat lah pilihan utama sekali. Menggalakkan orang ramai untuk membuat loan peribadi. Itu yang saya tidak berkenan sangat. Memang tidak dinafikan sekiranya orang yang baru masuk atau terjebak dalam bisnes "Lamp berger" ini akan diberi tempoh 6 bulan untuk percubaan. Sekiranya tidak berjaya, wang akan dikembalikan sebanyak 90% dari modal yang dilaburkan. Tapi sudah tentu agen-agen yang lama akan sedaya upaya menghasut menahan orang yang ingin "blah" tu daripada berhenti. Sebaliknya meneruskan bisnes ni, sebabnya dah tentu lubuk rezeki agen-agen ini akan tertutup. Merana lah orang yang meminjam tadi. Loan tetap kena bayar.
Pesanannya dekat sini ialah, sekiranya anda berminat jangan lah hubungi saya. Kalau nak buat bisnes MLM ni, kena buat betul-betul. Jangan main-main. Kalau tidak berminat, biarkan je lah. Tidak perlu ambil tahu langsung tentang bisnes ni.
Sekian terima kasih
*P/S: Target agen-agen MLM Lamp berger ini adalah kakitangan kerajaan. Berhati-hati lah apabila anda didekati oleh mereka ini.
