Berita MLM Terap kaedah syarak dalam jualan langsung

Terap kaedah syarak dalam jualan langsung

KUALA LUMPUR, 8 Jun: Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria meminta kerajaan menerapkan kaedah syarak yang adil dalam sistem amalan jualan langsung di tanah air supaya tidak terus menindas rakyat, khususnya umat Islam.

“Saya mencadangkan supaya diwujudkan suatu panel syariah atau penasihat diwujudkan di Kementerian (Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna – KDNHEP) dan diterapkan dalam syarikat-syarikat yang berasaskan jualan langsung,” jelas beliau petang tadi ketika menyambung perbahasan sesi petang di Dewan Rakyat berhubung pindaan Akta Jualan Langsung, 1993.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS Pusat berkata, sistem jualan langsung yang diamalkan oleh kebanyakan syarikat kebelakangan ini mengamalkan sistem perniagaan secara tidak adil.

Menurutnya lagi, sistem piramid  ‘siapa yang masuk dulu, dia untung’ sebenarnya hanya menguntungkan golongan atasan tertentu sahaja.

Tambahnya lagi, agen-agen jualan langsung bawahan terpaksa bekerja keras untuk terus hidup dalam sistem tersebut berbekalkan motivasi tertentu oleh agen di atas mereka. Selain meminta akta yang bakal digubal itu supaya selari dengan syarak, beliau juga mencadangkan kementerian berkenaan supaya mengeluarkan suatu garis panduan yang jelas untuk para pemilik syarikat jualan langsung terbabit.

Tidak cukup dengan itu, beliau turut menggesa pihak berwajib membuat pemantauan menyeluruh ke atas syarikat serta penggiat jualan langsung di tanah air supaya rakyat tidak dikecewakan dengan sistem yang mengelirukan itu.

Bagi Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa pula, jualan langsung yang tidak berasaskan pada menjual produk halal merupakan suatu ‘permainan duit’ yang nyata tidak beretika serta haram di sisi syarak.

Ujarnya lagi, sepatutnya kerajaan perlu memandang serius fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan sebelum ini yang menegaskan bahawa jualan langsung yang tidak berasaskan produk umumnya adalah haram.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya mana-mana syarikat yang mahu memulakan aktiviti jualan langsung, mereka diwajib mendapatkan pengesahan dari panel penasihat syariah berwajib terlebih dahulu.

Tags:     akta jualan langsung      sistem jualan langsung      kdnhep      majlis fatwa kebangsaan      IRA      rap      hidup      arak      duit      islam      permai      kuala lumpur      minta      halal      babi      DAP      syarikat jualan langsung      umat ISLAM      sisi syarak      piramid      pemuda      syariah      PAS      haram      fb      MLM      garis panduan      usa      sistem piramid      tidak adil
Latest Articles

Penafian: Pihak YOP tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman web ini. Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8.0 atau Mozilla Firefox 3.0 atau Safari dengan resolusi 1024 x 768

Page Rank Check Increase your website traffic with Attracta.com