Utama Berita MLM
Status Hukum Skim Infinity Downline @ Login Facebook Dapat RM 100 Print
Written by Azhar   

Bertalu-talu orang bertanya berkenaan skim perniagaan Infinity Downline dan ada juga yang menamakannya dengan ‘Login Facebook dapat RM100 hari-hari'. Sebenarnya saya amatskepticdengan skim-skim sebegini malah amat muak lagi jemu untuk menelitinya kerana pada kebiasaannya hasil penelitian akan menunjukkan semua itu adalah sama sahaja cuma diubah sedikit di sana dan sedikit di sini. Oleh kerana itu, saya tidak dapat menyembunyikan perasaan bimbang melihat betapa mudahnya umat Islam di Malaysia dikelirukan dengan skim seperti ini, padahal telah berkali-kali dijelaskan konsep dan asas untuk menilai halal dan haram dalam skim sebegini

Padahal, helah pihak-pihak penganjur skim tersebut amat jelas dan terang. Pun begitu mereka masih mampu mengelirukan umat Islam kita. Saya berdoa agar kita semua mampu lebih rajin untuk berfikir dan lebih cekap dalam memperbezakan antara skim-skim sampah dan emas permata.

Bagi menunaikan amanah Allah, selaku khalifah Allah di atas muka bumi, untuk menyeru kepada kebaikan, melarang kemungkaran, saya berusaha untuk mencari celah-celah waktu yang ada untuk diwaqafkan kepada umat Islam bagi menyediakan jawapan bagi soalan skim Infinity Downline yang ditanyakan ini.

Beberapa perkara perlu dikaji dalam hal ini dan saya akan nyatakan secara ringkas findings dan pandangan saya. Oleh kerana skim ini menawarkan sesuatu yang agak mudah, maka tidak sukar untuk memahaminya. Secara ringkas dan padat adalah seperti berikut:-

Latar belakang syarikat dan web

Menyemak website utama Infinity Downline (selepas ini digunakan singkatan ID) melalui ‘whois', seorang pengkaji persendirian mendapati, web ini tidak menyertakan info yang mencukupi tentang pemiliknya. Berikut adalah hasil kajiannya.

Read more...
 
Warkah Berkenaan MLM Uptrend: Telah Disahkan Halal? Print
Written by Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman   

Untuk pengetahuan Ustaz, penghantar SMS ini adalah kawan saya di universiti dulu. Kini beliau dianggap berjaya dlm UPTREND ini kerana pendapatan beliau utk setahun telah mencapai jutaan ringgit dan terpilih menganggotai MILLIONAIRE EXECUTIVE CLUB.

Pada mulanya saya memang tertarik dan berminat untuk join UPTREND di bawah beliau. Tetapi selepas saya membaca penerangan Ustaz di dalam blog dan bertanya dengan beberapa ustaz rasanya bisnes sebegini mungkin boleh menjadi haram kerana terlalu banyak unsur Gharar yang ahli-ahli UPTREND tidak mahu mengaku dan menyalahkan Ustaz pula kerana tidak memahami bisnes MLM yang sebenarnya.

Bagi ahli UPTREND ada dua ustaz yang menjadi rujukan mereka Ustaz Syairi & Ustaz Aizan selain PPIM.

Saya tidak minta Ustaz untuk ulas panjang isu ini (kerana Ustaz telah jelaskan panjang lebar dalam blog Ustaz), cuma saya nak tahu betulkah Ustaz menjadi advisor kepada satu syarikat MLM yang saya rasa sebenarnya tidak menjadi satu kesalahan pun (Ustaz jawab YA atau TIDAK pun dah cukup).

Saya rasa maklumat ini telah disalahgunakan, apabila ahli-ahli UPTREND menggunakan maklumat ini untuk menghalalkan apa yang mereka lakukan sekarang.

Fauzi (melalui email)

Read more...
 
<< Start < Prev 1 2 3 4 Next > End >>

Page 1 of 4